Friendship Quotes

Saturday, August 21, 2010

Perjalanan di subuh hening

Sesungguhnya manusia ini kadang-kadang hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Kenapa soalan ini timbul? Saban hari , saya perlu keluar dari rumah sebelum atau tepat pada jam 6.30 pagi untuk menghantar anak perempuan ke Kuala Ketil dan terus ke Sungai Petani untuk menghantar si bongsu ke tadikanya sebelum meneruskan perjalanan ke KMTK di Pendang untuk menjalankan tugas harian.

Saban hari juga saya perlu melalui jalan yang sama dan saban hari juga hati saya merungut kerana orang-orang yang sama dan mereka yang saya maksudkan ialah penunggang-penunggang basikal dan motosikal yang bukan hanya membahayakan diri mereka sendiri malah akan melibatkan pengguna jalan raya yang lain seperti saya. Ini adalah kerana basikal dan motorsikal yang mereka naiki itu tidak dipasang dengan lampu. Suasana pagi yang sangat gelap memang menyukarkan mata memandang, hanya mengharapkan lampu dari kereta sendiri dan suluhan cahaya dari kenderaan yang datang dari hala yang bertentangan sahaja. Itu pun kalau suluhan lampu tersebut tidak menyakitkan dan menyuluh mata sendiri.

Di antara Padang Serai dan Padang Meha,suatu pagi saya sendiri nyaris-nyaris terlanggar salah seorang penunggang basikal yang berderet-deret sepanjang jalan dan untuk pengetahuan, mereka adalah Mat-Mat Bangladesh yang bekerja di kilang berhampiran. Sikap tidak ambil berat ini sebenarnya bukan sahaja menyusahkan mereka malah pengguna jalanraya yang lain. Apa yang akan terjadi jika dalam kegelapan subuh itu, saya terlanggar mereka, berat kisah selanjutnya dan panjang cerita seterusnya.

Bila perjalanan yang amat berhati-hati itu saya teruskan, kisah seterusnya timbul bila saya menghampiri Kuala Ketil. Ini bukan lagi Mat-Mat Bangla, tapi para waris yang langsung tidak menghiraukan keselamatan mereka dan anak-anak mereka. Tujuan perjalanan mereka adalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah tapi motosikal mereka tidak langsung dilengkapi dengan lampu. Tidakkah itu merbahaya, bukan hanya pada diri sendiri, anak-anak yang masih kecil, malah juga pada pengguna jalanraya yang lain seperti saya.Harapan saya, dapat la ini dijadikan sebagai satu renungan bersama........

Alkisahnya, perjalanan saya saban hari menjadi lambat dek kerana manusia-manusia seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri . Allahuallam........

Post a Comment