Monday, May 9, 2011

Cikgu tak tanda buku dah 4 bulan?

Wording di atas ku ambil semasa menjalankan kursus MBMMBI untuk guru-guru Bahasa Inggeris Negeri Kedah pada 6-8 hb November 2010. Masa ini, bukan slot ku tapi slot Mr Solehuddin frm SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang, salah seorang Jurulatih Bahasa Inggeris yang senior.

Slotnya tertumpu pada the characteristics which a teacher must have to be a good teacher. Dan hasilnya, boleh dilihat di dalam photo di atas (sebahagiannya sahaja sebab yang lain tak nampak).Yang menjadikan aku muncul dengan entry yang sebegini malam ini adalah kerana rasa tidak puas hatiku terhadap guru-guru sekolah anakku.

Dah lama terpendam dalam hati sebenarnya, rasa macam nak pegi aje jumpa cikgu-cikgu yang berkenaan. Kenapa buku latihan anakku dah lama tidak bertanda? Salah anakku ke, dia tak siap kerja ke, dia malas ke,dia tak hantar buku ke?All sort of questions keep on lingering on my mind-unanswered.Kerja dan latihan saban hari diberi guru tapi buku latihan tak bertanda dari bulan Februari lagi. Sekarang dah bulan May dah.Seingat aku yang pernah mengajar di sekolah selama 23 tahun ni.......menulis itu seiring dengan the other 3 skills. As equally important.Tak faham sangat. sibuk sangat ke cikgu kat sekolah tu? Aih aku dulu lagi sibuk tapi buku budak2 aku make sure  bertanda sampai ke akhir mukasurat.Bukan nak puji diri tapi boleh bet la......(dah geram ni). Kalau budak tak hantar buku hari ni, besok cikgunya kena minta...bukan biar aja sampai berbulan2.Dah le bukunya satu je.....bukan nya dua tiga yang macam biasa cikgu-cikgu excellent buat.Itu pun tak bertanda.Memang teruk betul!

Aku biarkan dulu....nak tengok sampai bila they all nak buat perangai macam tu, sampai masa akan ku ke sekolah, nak tanya sendiri pada tuan yang empunya diri.Perkara ini rupanya terjadi juga pada anak-anak yang lain, bukan pada anakku sahaja.......dah waris lain juga merungut.Sekarang nak salah kan siapa. Waris, anak-anak atau cikgu sendiri dan ini berkaitan dengan murid tahun satu. Yang asasnya sangat penting atau bagi cikgu-cikgu sekolah rasakan itu tak cukup penting?

Maaf kupohonkan pada sahabat-sahabat guru yang lain. Tidak terniat untuk mencela atau mencaci kerana aku masih menganggap diriku sebagai seorang guru dan aku bangga menjadi guru-demi ALLAH.Bukan semua guru yang bersifat begini jadi bagi yang benar-benar mengamalkan etika pendidikan,Alhamdulillah jasa kalian kusanjung tinggi tapi segelintir manusia yang mengelar diri mereka guru ini sebenarnya sudah mencalitkan noda dimuka semua guru yang ada.Fikir-fikirkan lah......anda mahu anak anda diperlakukan begini?

2 comments:

Sophyta said...

Masih ada lagi ke guru macam tu...? My school...bukan saja kena tanda...correction pun kena tanda semula...even the recorrection pun kena tengok...kecian kat anak2 yang terlibat...especially anak my dear, mas.

Khalipah Mastura KHalid said...

Dont say masih ada kah lagi cikgu yg macamni ,dear, cos there are a lot of them.just imagine,in my daughter's case (n her friends also) 2 org cikgu yg terlibat. bkn sorang.haiiiiii......so what say u?

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...