Friendship Quotes

Thursday, July 3, 2014

Syukran Ya Allah



Alhamdulillah, tiada siapa menyangka sesuatu yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Mungkin permulaan rezeki yang bakal muncul di masa depan bila saatnya diizinkan Illahi. Terima satu email dari SRI College di Selangor menyatakan minat pihak kolej untuk menempah perkhidmatan gubahan bunga pentas sempena konvokesyen mereka pada 18 Julai 2014. Masyaallah, suatu permintaan yang besar bagi amatur seperti saya yang cuma biasa mengubah dan menghias pentas di tempat-tempat saya bertugas sempena acara-acara rasmi atau pun di rumah kawan-kawan serta sanak saudara sempena sesuatu majlis atau keramaian..
 Saya mengucap syukur padaNya dan terima kasih pada pihak  SRI College  atas pengiktirafan yang diberikan namun terpaksa saya tolak dengan lembut dan baik kerana saya hanya mampu membantu sekiranya perkhidmatan diperlukan disekitar Kedah sahaja buat masa ini. Insyaallah, mungkin jika ada rezeki.......mana tahu, mungkin jalan akan lebih terbuka luas untuk saya meneroka minat yang satu ini. Insyaallah.


Post a Comment