Friendship Quotes

Friday, February 10, 2017

Nasihat Pakcik Suci Dalam Debu

Suci Dalam Debu....snack tradisional yang pasti tak dapat dielakkan tiap kali makan malam di Medan Selera Jam Besar SP.
Hasil titikpeluh pakcik yang seorang ni bersama isterinya yang gigih membesarkan 12 orang anak. Masih kuat di usia 71 tahun....pemurah dengan senyum,baik dan lembut tutur bicara serta tak lokek dengan nasihat.
Terima kasih ,pakcik Suci Dalam Debu.Moga Allah terus mengurniakan pakcik kesihatan yang baik dan umur yang panjang,buat teladan generasi muda.

Tuesday, February 7, 2017

Penawar hati - Si Bougainvilla

Si cantik yang sentiasa mampu menceriakan keadaan sesiapa saja yang melihatnya....walau tiada haruman semerbak menebari laman,namun kembangnya kelopak nipis yang mekar membara pasti menggamit senyuman lebar si pengunjung.
Tidak perlu penjagaan rapi mahupun titipan manja saban waktu....mekarnya sentiasa menceriakan laman.Alhamdulillah....
Sayang kamu.....si bougainnvilla.

Mengisi luang masa barang sejenak

Sekadar mengisi masa terluang dengan bait-bait patah yang lancar meluncur keluar dari minda....
tenang jiwa bila memerhatikan anak-anak ini lepas bebas seketika,riang dan rakus meragut rumput di laman...
sesekali menyelinap di celah-celah pasu dan rimbunan hijau nan setia menjadi santapan si mongel.....
indahnya hidup tanpa perlu runsing tentang komitmen dunia yang pelbagai rupa.....
berbahagia lah kalian.....

Sunday, February 5, 2017

Learning and playing at the same time.


Had a listening practice with the students at 2.00 pm. 
Yeaa...at 2.00 pm, what a time to do a listening practice,right? Managed to complete 1 slot with them and I said, OK let's do something else. All eyes were opened wide....they knew that I was planning something at that moment.
So, we did a Spelling Bee Competition, between the boys and the girls. Managed to do 2 rounds each and had to stop when the clock struck three.
Well, at least the kids grabbed 2 skills by taking part in the competition :
 listening and speaking.
 I am contented, the students are learning...that is what matter most.
Have a good day,then.