Monday, August 28, 2017

Resepi Pandan Sponge Cake


Bahan-bahan:
125 gram tepung gandum
125 gram gula kastor
5 biji telur
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar ovelet
70 gram butter (cairkan)
40 ml air@air pandan
1 sudu kecik esen vanilla@esen pandan
1 sudu kecik pewarna hijau (utk pandan..plain tak perlu)

Cara-caranya:
1.Panaskan oven 180-200°C
2. Putar semua bahan kecuali pewarna dan butter cair sehingga gebu
3. Tambah butter cair dan pewarna dalam adunan menggunakan kaedah kaupbalik.
4. Curah semua adunan dlm loyang yg dah digris dan dialas dengan baking paper.
5.Bakar lebihkurang 40-45 minit.
6.Sejukkan dan boleh lah dipotong.

Thursday, August 24, 2017

Burnout

Feel like doing nothing at this moment,not for me,not for anybody else!

A powerful statement from ME,eh!
Bukan.....ini bukan statement saya sendiri saja tapi juga hasil luahan rakan2.....kita kongsi untuk ambik iktibar bersama.

Bukan stress,bukan letih,bukan malas tapi bosan dengan keadaan dan persekitaran mungkin.Rasa dipergunakan oleh orang atasan.....dilambakkan dengan tugasan yang melampau tapi langsung tiada pengiktirafan?Rasanya ramai lagi kawan2 di luar sana mengalami perasaan burnout ini.No acknowledgment, no appreciation,no word of encouragement.

Pesanan pada diri sendiri,bila ada ketika diberi kesempatan menjadi pemimpin....
1.raikanlah anak2 buah anda dengan sepatutnya,bukan atas dasar pilih kasih atau untuk membalas budi.
2.kebersamaan itu jadikan satu platform untuk mengetahui sumbangan dan komitmen mereka.
3.tiada rendahnya taraf atau darjat kita jika murah dengan pujian dan ucapan terima kasih
4.lembut anda bukan untuk dipijak tapi mengundang hormat rakan sekeliling.
5.buang perasaan ego dan sensetiviti tidak bertempat,gunapakai pendapat rakan2.
6.sama2 turun padang,buat kerja bukan suka hati beri arahan.
7.
8.
9.
10.

Burnout??

Diskusi Intelek Pencetus Minda Bermaruah

Hari Kemerdekaan semakin menginjak tiba.Timbul konflik dan persoalan di minda.....satu pertanyaan,trend sekarang agaknya ya....
Jalur Gemilang dijadikan baju,seluar,sampin,jubah,topi,songkok dan sebagainya.
Tinggal belum dijadikan stokin dan kasut saja lagi.
Itu menunjukkan semangat patriotik kita orang Malaysia agaknya ya....Adakah saya seorang yang tidak bertamadun jika kurang ghairah dengan trend sebegini?

Pernah saya bersuara pada suami suatu masa dahulu.....biar lah saya kelihatan ganjil bila kelihatan kesaorangan berdiri tanpa baju Jalur Gemilang melilit di tubuh seperti kelompok yang lain dan hanya memegang serta mengibarkan Jalur Gemilang yang bagi saya wajib kekal sebagai bendera Malaysia.Saya rela!!

Diskusi intelek pencetus minda bermaruah.

Work journal August 22nd

Work journal August 22nd:
Some of us claimed and potrayed themselves as perfectionists. They try to do their work as perfect as possible which is very good in a certain way but might not be good in other ways or to other people.

There is no harm in being a perfectionist but honestly if you are doing your best in your own tasks....try to do the same when you are helping the others. Let actions speak louder than words.

Malay version :
Jangan bila masa nak buat kerja sendiri,dilakukan  dengan sangat sempurna dan teliti tapi bila masa nak tolong orang lain....buat kerja sambil lewa dan halai-balai saje. Perbetulkan niat.Insyaallah,tak akan kurangnya kehebatan kita bila kita bantu hebatkan orang lain.
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Self-reminder.

Work Journal August 22nd-evening

Work journal August 21st:
Assallamualaikum dan selamat petang viewers.
Kembali menulis semula,Alhamdulillah berkat doa teman2 dalam work journal pagi tadi...syukur dalam ketidakselesaan menahan sisa-sisa rasa tidak sihat yang masih berbaki,saya hampir menyiapkan target yang ditetapkan hari ini.Hampir, kata saya kerana belum 100% siap.Masih berbaki 3% rasanya.Insyaallah malam ini selepas final checking and reviewing baru boleh dikatakan siap 100%. Terimakasih pada teman-teman sekumpulan yang sama-sama membantu....Syukur dalam kesibukan masing-masing masih mampu menyumbang idea dan bakti di saat-saat akhir ini.
Moga ada sinar di akhir cerita KIK ini.
#TFQboleh!
Fazilawati Harun
Rodiah Dali
Siti Aishah Tahir
Mohamad Firdaus Harun
Siti Noor Md Saad
Rahayu Yahaya
Nor Azah Aziz
Jd kumuthini
Mohd nizar mohd nazir

Work Journal 21st-morning

Work journal August 21st:
Assallamualaikum dan selamat pagi viewers.
Kembali menjalankan tugas selepas menyambung cuti hujung minggu dengan cuti sakit yang sebenarnya tak macam cuti pun. Anak2 nasihatkan supaya sambung cuti sebab masih belum sihat betul tapi suami  Encik Jo Isma tak cakap apa-apa sebab dia tahu....cuti sakit pun macam tak cuti. Yang merasa sakit hanya diri sendiri dan yang gagahi bangun dan berusaha siapkan kerja juga diri sendiri kerana otak tidak mahu mengikut kehendak badan.Bukan salah doktor jika kita menolak tambahan cuti dan bukan salah family jika tidak berkeras menasihati tapi salahkan diri sendiri.
Moga Allah permudahkan serta lancarkan perancangan untuk hari ini.....Kesian kawan2 yang sentiasa gigih jalankan kerja masing-masing.
Bismillah....
Allahummayassir.....
Terimakasih untuk suami dan anak2 yang sangat memahami dan sentiasa disisi.
Sayang my family.
Terimakasih juga untuk geng KIK yang sangat komitted dan sanggup bersusah payah bersama-sama demi projek kita. I Owe U guys!!
Rodiah Dali
Fazilawati Harun
Rahayu Yahaya
Nor Azah Aziz
Siti Aishah Tahir
Siti Noor Md Saad
Mohd nizar mohd nazir
Mohamad Firdaus Harun
JD Kumu
#TFQboleh!

KIK TFQ 2017

Akhirnya selesai sudah satu bab dalam perjalanan KIK.Ada lagi satu bab selepas ini...dan jika layak melepasi tapisan ....akan berbab-bab lagi.Terus beristiqomahlah wahai rakan2 sekumpulan.
10 bulan menjalankan projek bersama,dari kurang kenal menjadi lebih rapat,lebih faham sekarang kekuatan dan kelemahan sesama sendiri....saling melengkapi.....semoga kita terus istiqomah dalam perjalanan menuju kecemerlangan.Biar jatuh tersungkur dalam melangkah,namun jangan kita biarkan semua itu jadi penghalang buat kita.
Mungkin ada yang sudah serik untuk berKIK lagi selepas ini.....ermmmmm, siapa lah agaknya yang sudi nak join team KIK saya lagi selepas ini ya?
Projek 2018 coming soon!
Terima kasih buat sahabat semua
(Team TFQ 2017):
Siti Noor Md Saad
Fazilawati Harun
Nor Azah Aziz
Rahayu Yahaya
Mohamad Firdaus Harun
Siti Aishah Tahir
Rodiah Dali
JD Kumuthini
Mohd Nizar Mohd Nazir
#tfqboleh!

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...