Monday, December 31, 2018

Lawatan Penanda Aras Dan Perkongsian Kecemerlangan KM Kelantan dan KMKK.






Khalipah Mastura,
Work Journal Dec 20th:
A simple throwback.
Lawatan Penanda Aras Dan Perkongsian Kecemerlangan KM Kelantan dan KMKK.

Alhamdulillah.. Selesai juga satu amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi KMKK. Suatu perkara yang saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Terasa kerdilnya saya bila diminta untuk berkongsi pengalaman dan laluan sebagai Pensyarah Cemerlang dengan rakan2 dari KM Kelantan dan KM Perlis serta KM Kedah. Semua yang datang, hebat2 belaka termasuklah sifu saya Tuan Nain, orang yang sentiasa saya rujuk setiap kali memohon. 

Barisan Timbalan Pengarah, Ketua2 Jabatan serta Ketua2 Unit yang berada bersama hampir 2 jam bukan calang2 orang. Namun mereka ini insan2 profesional yang sangat humble. Justeru itu langsung memudahkan peranan saya. Perkongsian secara santai membawa kami ke satu suasana yang sangat mesra tetapi ilmiah.

Berbanyak terima kasih kerana sangat memudahkan kerja saya. Jutaan kemaafan jika ada yang terlanjur dari lidah saya yang tak bertulang ini. Moga kita boleh bekerjasama lagi di lain masa. Terima kasih saya titipkan juga buat Tuan Pengarah yang menaruh sepenuh kepercayaan buat saya mengendalikan sesi ini. Moga perkongsian ilmu ini membawa barakah Allah.

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...