Showing posts with label SKBP. Show all posts
Showing posts with label SKBP. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

With Friends -Teacher's Day 2010

With Friends during Teacher's Day 2010

The MCs for the day

Puan Zamrah Ahmad-one of the closest friend there

One of the cakes sponsored
Uploaded are just a few of the many photos taken during the Teacher's Day celebration 2010.There are many many more to share, but for the time being these captured my interest the most so here they are.
Something to remember and be pondered upon............sweet,sweet memories.....

Sunday, September 19, 2010

Majlis Bacaan Yassin Perdana UPSR 2010

Hari ini - 19hb September 2010 (Ahad), hari pertama persekolahan selepas anak-anak sekolah bercuti panjang selepas berhari raya. Hari pertama persekolahan dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin Perdana  dan Solat Hajat untuk memohon keberkatan Illahi bagi mempermudahkan anak-anak SKBP meneruskan perjuangan mereka menghadapi peperiksaan mega mereka yang pertama iaitu UPSR.

Selesai sahaja kuliah pada hari ini di KMTK, terus bergegas ke SKBP untuk majlis tersebut. Alhamdulilah , perjalanan berjalan lancar seperti mana doaku saban hari supaya Allah sentiasa mempermudahkan dan melancarkan segala urusanku sekeluarga . Majlis baru sahaja bermula dan selesai bersalaman dengan teman-teman, aku terus sahaja menyertai para guru, waris dan anak-anak yang  lain. Selesai bacaan Yassin, sempat juga aku meninjau suasana majlis, sedih rasanya bila melihat kurangnya sambutan para waris kalau dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Boleh dibilang dengan jari sahaja bilangannya, apa sudah jadi? Tidak pentingkah majlis ini bagi mereka sedangkan inilah kemuncaknya setelah para guru bertungkus-lumus memberi sepenuh perhatian dan mencurahkan segala ilmu pada anak-anak mereka. Renung-renungkan lah wahai para waris........Tidak lakukah surat yang ditandatangani oleh Tuan Guru Besar untuk ditunjukkan pada majikan masing-masing sebagai bukti bahawa mereka perlu menghadiri majlis anjuran sekolah demi untuk anak-anak mereka?

Beralih dari situlah aku mengangkat tangan mengucap syukur pada Ilahi kerana sentiasa diberi kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban di hati ini dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Dikurniakan pula majikan yang sangat baik, prihatin dan bertimbangrasa walaupun taraf dan kedudukannya jauh lebih tinggi dari  kita-kita semua.........renung-renungkanlah.....Wallahuallam.....

Friday, August 6, 2010

Kenangan Teman Seperjuangan

Sesungguhnya kenangan bersama teman-teman seperjuangan di SKBP amat sukar dikikis dari ingatan.Berhijrah ke tempat baru bukan bermakna melupakan teman-teman lama yang sama-sama berjuang demi memberi pendidikan terbaik buat anak-anak didik tersayang. Terima kasih buat semua yang telah membantu dalam apa jua cara demi untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Sesungguhnya kata-kata semangat, pendorong, pujian dan kritikan adalah wadah yang paling mujarab bagi diri ini untuk terus memajukan diri dalam kerjaya.Doa akan terus dipanjatkan pada Illali agar teman-teman juga dapat meneruskan kesinambungan perjuangan untuk kecemerlangan diri sendiri, keluarga dan juga anak-anak didik kita _ Insyaalah.

Thursday, June 3, 2010

LET'S VIEW MY BLOG.....: kembali blogging.

LET'S VIEW MY BLOG.....: kembali blogging.

kembali blogging.


Rasanya dah lama sangat tak updatekan my blog, memang tak ada masa langsung.Rindu sebenarnya nak kongsi cerita tapi apa kan daya, memang tak cukup tangan nak buat kerja sekarang ni. Everything keep on topping up pile by pile.Tapi hari ini, masuk juga blog. Gambar diatas ni ialah bersama Siti Zamrah, guru media sekolah. Good to have her here with us in Batu Pekaka.

Wednesday, April 7, 2010

Anak-anak kesayangan


Anak-anak ku ini sebenarnya adalah kesayanganku walaupun kekadang perangai mereka sedikit sebanyak menyakitkan hati dan membuatkan hati sedih. Tapi bila memandangkan wajah mereka yang ceria dan kekadang sangat innocent, hilang rasa marah.......

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...