Assalamualaikum viewers
Kali ini saya ingin membicarakan tentang perkara yang paling penting dalam proses permohonan sebagai Guru Cemerlang iaitu proses pengisian borang permohonan. Tanpa borang permohonan, pastinya langkah seterusnya tidak akan berlaku. Sebaik sahaja iklan permohonan Guru Cemerlang diumumkan, akan ada link untuk dapatkan borang dan mulai pada tahun 2022, borang hendaklah diisi secara dalam talian. Semua bahan-bahan bukti atau evidence hendaklah dimasukkan ke dalam Google Drive yang telah tersedia linknya.
Kenapa penting sangat proses pengisian borang ini ? Sebabnya jika salah diisi, kebarangkalian untuk melepasi standard pemarkahan yang ditetapkan itu sangat nipis. Tahun-tahun kebelakangan ini, sudah ditetapkan bagi komponen kompetensi itu hanya boleh diisi sebanyak 10 items sahaja bagi peringkat antarabangsa, 10 lagi bagi peringkat kebangsaan dan seterusnya bagi 3 tahun terkini. Ini berbeza dari waktu dahulu apabila tiada had diberikan. Memang panjanglah listnya sebab selalunya yang memohon ini adalah pendidik yang sudah menguasai semua peringkat ini dengan cemerlang. berjela-jela panjangnya borang excel tu. Masa itu saya tak terasa susahnya mengisi bahagian kompetensi ini sebab saya boleh meletak seberapa banyak yang saya ada tetapi dua tiga tahun kebelakangan ini, sudah dihadkan . Untuk memilih 10 terbaik yang merangkumi pelbagai bidang itu sebenarnya sangat menyiksakan.Penat oooo......!
Pesanan saya, yang penting, pilih 10 yang terbaik disetiap peringkat. Jika mampu merangkumi semua aspek, lebih baik misalnya Kurikulum, Ko-kurikulum, Hal Ehwal Pelajar dan sebagainya. Sumbangan kita sebagai pendidik sangatlah penting sebab itu perlu sangat berhati-hati semasa membuat pemilihan dari deretan sumbangan Tuan/Puan yang banyak tu. Pastikan semua yang diisi, disertakan denga evidence atau buktinya seperti sijil, surat tawaran/jemputan atau pun gambar-gambar berkaitan. Semua bukti ini hendaklah dimasukkan ke dalam Google Drive seperti yang saya nyatakan di atas. Nomborkan betul-betul supaya mudah dicari oleh pihak Nazir. Lebih organized dan tidak serabut.
Satu lagi, susun setiap item itu dari tarikh terkini hingga tarikh terakhir dalam masa 3 tahun itu misalnya 23/10/2022, 12/8/2022/8/9/2021 dan seterusnya. Perlu kita ingat, penyediaan evidence secara maujud sangat penting kerana sekiranya sudah melepasi tahap pertama iaitu penyemakan borang, Pihak Nazir akan turun ke tempat kita bertugas untuk membuat pemverifikasian dokumen, penilaian PdP dan sebagainya.
So Good Luck everyone.
Ingat...tahap yang paling penting ni .....kena berhati-hati dan luangkan lebih masa sedikit untuk proses ini ya. Untuk Entry seterusnya, kita bincang bab penulisan pulak ya.
Salam Sayang Kak Mas.