Monday, January 14, 2019

Sesi Perkongsian Inovasi @KMPP

Work Journal Jan 14th 2019

Sesi Perkongsian Inovasi dan Kreativiti dalam PdP.

Alhamdulillah selesai sudah 1 sesi perkongsian ilmu dengan pensyarah2 Unit Bahasa Inggeris KMPP. Terima kasih atas kesudian menjemput saya untuk bersembang2 santai dan berkongsi ilmu yang sedikit ini. Semoga inovasi2 seterusnya dapat dihasilkan oleh pensyarah2 yang sangat bersemangat ini.

It was fun sharing with everyone just now, to meet old friends and to get to know new ones. Insyaallah, request untuk another session akan ditunaikan.... Kita buat hands on untuk Google Classroom dan GD pulak ya.

Thanks alot Kazrina Mohamed Kassim, Kak Nor Wahidah Abdul Majid and the English Unit of KMPP.
Till we meet again.
Adios.









Students at work








Digital Classroom

Work Journal Jan 8th 2019

Assallamualaikum dan selamat petang.
#digitalclassroom
#tema1

Petang ni Che Mas nak berkongsi lagi tentang tugas Che Mas di kolej bersama anak2 pelajar Che Mas.Alahai....bukan benda baru pun kan... Hari2 Che Mas kongsi, jadi apa bezanya kan?

Bezanya ialah jurnal Che Mas hari ini, Che Mas nak masuk pertandingan Digital Classroom. Kalau dapat LIKE terbanyak maka dapatlah jadi pemenang! Jadi untuk yang sayangkan Che Mas tu... Jom LIKE jurnal Che Mas ni macam selalu ya.

Hari ini Che Mas nak kongsikan tentang Google Classroom. Dah lama dah Che Mas gunakan aplikasi yang sebenarnya amat menjimatkan penggunaan kertas, dakwat printer, masa, tenaga dan lebih menarik, ia bukan sahaja boleh digunakan dalam PdP malah dapat dipraktikkan dalam urusan pentadbiran pejabat dan pengurusan berkaitan dengan urusan pentadbiran rekod tapi fokus Che Mas pada pelajarlah, tentunya. 

Google Classroom merupakan aplikasi yang lebih maju dalam menepati ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21 kerana melaluinya, guru atau pelajar boleh mencipta ruang kelas secara maya, membantu menghantar tugasan, melaksanakan penilaian tugasan-tugasan yang dikumpulkan oleh sistem secara teratur dan bersistematik.Ini yang seronoknyakan. Pelajar pun seronok. Buat kuiz online pun nereka happy dan tak stress. 

Semua rekod tugasan disimpan oleh sistem mengikuti tarikh dan kelas maya yang dicipta oleh Che Mas dan Che Mas tidak perlu bimbang jika berlaku penyalahgunaan oleh pelajar kerana Google Classroom memberikan hak akses kepada Che Mas sendiri. 

Ini disebabkan kerana Che Mas yang mengatur tugasan dan pelajar boleh melihat, melakukan suntingan bahkan berkolaboratif juga melalui Google Classroom di bawah kawalan dan pemantauan Che Mas. Sebab tu Che Mas tak boleh renggang dengan handphone. Bila suami nak hadiahkan phone... Che Mas cakap tak kisahlah nak bagi brand apa pun asalkan Che Mas boleh guna untuk buat kerja.

Satu lagi yang bestnya  aplikasi Google Classroom ini, ia menyediakan ru­angan berforum bagi diskusi sehingga guru boleh membuka sebuah diskusi kelas yang menye­ronokkan kerana komen-komen yang dilaksanakan boleh dianggap se­perti aktiviti memberi komen di Facebook.

Che Mas rasa  tidak mustahil Google Classroom boleh menggantikan kelas formal atau menjadi ruangan kelas yang diminati ramai pada masa depan.Anak2 pelajar Che Mas dah cekap dah. Jadi bila Che Mas terpaksa keluar untuk kursus atau mesyuarat ataupun konferense, Che Mas tak susah hati. Kelas tetap berjalan kerana Che Mas tahu siapa yang sedang buat kerja dan siapa yang ngelat. Untuk itu.. Nanti kita cerita dalam jurnal lain ya. 

Aplikasi Google Classroom ini juga membantu sinkronasikan dengan Google Docs, Drive dan Gmail dalam melakukan semua kerja normal Che Mas seperti memungut hasil kerja pelajar, menyemak, memberi markah, memberi maklum balas secara langsung tanpa menggunakan sebarang kertas.

Malah, aplikasi ini membantu kerja pengkhususan lebih teratur yang mana secara automatik akan mencipta ‘folder’ bagi setiap tugasan dan untuk setiap pelajar de­ngan dapat memuat naik segala kerja dan dapat menyemak semula di laman tugasan mereka.

Che Mas ada kongsikan beberapa keping gambar aktiviti anak2 pelajar Che Mas. Untuk banyak lagi gambar bolehlah tinjau2 album FB Che Mas ni ya. 

Panjang lebar jurnal Che Mas petang ni... Baru sampai rumah je ni... Nanti kita sambung lagi ya. Jangan lupa LIKE tau.

Https://t.me/digitalclassroom.

Tuesday, January 1, 2019

A Token Of Love


Self Journal Jan 1st 2019
A token of love.

I am really speechless. Seusai kelas, students perempuan seperti biasa akan datang bersalaman and say goodbye while the boys will also wish me "bye2 and have a good day, madam." Itu situasi biasa. Dah habis semua keluar... These two girls stayed longer... Itu pun situasi biasa sebab mereka ni suka borak2 dengan saya lepas kelas.

Selepas bersalaman, si cantik manis ni terus hulurkan saya sebiji beg. Katanya masa cuti baru ni.. Dia ke Vietnam bersama family dan dia belikan hadiah ni untuk saya. Allahu.... Subhanallah. I am really speechless. Sepasang telekung Siti Khadijah yang sangat cantik.

Subhanallah anak..... Tergambar kasih sayangnya. Beliau memang rapat dengan saya. It is really so very thoughtful of her.
TQSM my darling girl for the beautiful gift. Really appreciate it.

Allah itu maha pemurah... Kelmarin saya belikan hadiah untuk sahabat, hari ini saya terima hadiah dari anakanda saya.
What you give, you get back.
Alhamdulillah.

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...