Friends

Sunday, September 19, 2010

Majlis Bacaan Yassin Perdana UPSR 2010

Hari ini - 19hb September 2010 (Ahad), hari pertama persekolahan selepas anak-anak sekolah bercuti panjang selepas berhari raya. Hari pertama persekolahan dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin Perdana  dan Solat Hajat untuk memohon keberkatan Illahi bagi mempermudahkan anak-anak SKBP meneruskan perjuangan mereka menghadapi peperiksaan mega mereka yang pertama iaitu UPSR.

Selesai sahaja kuliah pada hari ini di KMTK, terus bergegas ke SKBP untuk majlis tersebut. Alhamdulilah , perjalanan berjalan lancar seperti mana doaku saban hari supaya Allah sentiasa mempermudahkan dan melancarkan segala urusanku sekeluarga . Majlis baru sahaja bermula dan selesai bersalaman dengan teman-teman, aku terus sahaja menyertai para guru, waris dan anak-anak yang  lain. Selesai bacaan Yassin, sempat juga aku meninjau suasana majlis, sedih rasanya bila melihat kurangnya sambutan para waris kalau dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Boleh dibilang dengan jari sahaja bilangannya, apa sudah jadi? Tidak pentingkah majlis ini bagi mereka sedangkan inilah kemuncaknya setelah para guru bertungkus-lumus memberi sepenuh perhatian dan mencurahkan segala ilmu pada anak-anak mereka. Renung-renungkan lah wahai para waris........Tidak lakukah surat yang ditandatangani oleh Tuan Guru Besar untuk ditunjukkan pada majikan masing-masing sebagai bukti bahawa mereka perlu menghadiri majlis anjuran sekolah demi untuk anak-anak mereka?

Beralih dari situlah aku mengangkat tangan mengucap syukur pada Ilahi kerana sentiasa diberi kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban di hati ini dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Dikurniakan pula majikan yang sangat baik, prihatin dan bertimbangrasa walaupun taraf dan kedudukannya jauh lebih tinggi dari  kita-kita semua.........renung-renungkanlah.....Wallahuallam.....
Post a Comment

PSPM 1 2017/2018

Assallamualaikum and a very good morning everyone, It is your day now and you are going to give your best shots after struggling all th...