Friendship Quotes

Wednesday, October 12, 2016

Kebanggaan Saya

Assallamualaikum...malam ini saya terpanggil lagi untuk berkongsi sedikit cerita tentang pelajar2 saya.Untuk semester ini terdapat satu lagi cabang kuiz yang dinamakan Article Reading.Bukan sesuatu yang agak baru sebenarnya kerana sebelum ini telah dijalankan secara tidak langsung bagi slot Academic Writing,cumanya sekarang  diberi penekanan yang lebih dan diserapkan kemahiran mengaplikasikan mindmapping didalam silibus matrikulasi.

Saya sebenarnya tidak terlalu mengharapkan outcome yang sebegini bagus dari pelajar2 saya ini kerana terlalu banyak yang wajib mereka jalankan bagi memenuhi permintaan markah PB mereka.Namun semenjak dari kemarin saya menerima hasil2 mindmaps mereka yang jelas menampakkan kesungguhan mereka dalam melakukan tugasan yang saya arahkan.Saya gembira dan kagum...justeru itu saya terus menerus memberi pujian dan komentar membina sebagai suntikan semangat buat mereka....ternyata hasilnya superb sekali.Semangat untuk berlumba2 untuk meraih pujian dari saya dapat menghasilkan kreativiti yang diluar dugaan saya.Saya kagum dan amat bersyukur....teaching n learning yang secara tidak langsung membimbing anak2 saya ini untuk berusaha memberikan yang terbaik...and I am one happy educator.

Post a Comment