Assallamualaikum...
Pada tanggal 19hb Oktober 2016 (Rabu)jam 12 tengah malam,kami dikejutkan dengan satu panggilan talipon dari kakak ipar dengan perkhabaran yang bapa saudara sebelah suami telah pergi menemui Illahi.Pak Su Yahya bin Cha yang sangat baik orangnya telah dijemput Illahi dan beliau pergi dengan tenang meninggalkan anak-anak saudara dan kaum keluarga yang masih tinggal.....itu saja lah pewaris arwah kerana arwah Pak Su Ya tidak punya isteri atau anak.
Dipenghujung hayatnya pun ,Pak Su Ya dijaga oleh anak saudara paling rapat dan dibantu olah family yang lain sehingga penghujung nyawa.
Al-Fatihah kami sedekahkan buat arwah dan didoakan arwah akan ditempatkan bersama insan2 yang dirahmati Allah. Semoga Allah juga memberkati sepupu kami Taa dan isterinya Sofiah kerana membantu merawat Pak Su tanpa keluh kesah kerana Pak Su Ya sendiri orangnya tidak banyak kerenah semasa hayatnya masih ada.
Al-Fatihah.......
Catatan diperut ferry dalam perjalanan pulang.
No comments:
Post a Comment