Tuan Haji Zulkiflee Ahmad, seorang insan yang kami kenang hingga ke hari ini. Melihat foto-foto yang telah sempat saya abadikan dalam album kenangan....segalanya masih terasa baru dan kata-kata nasihat beliau masih lagi jelas terpahat di ingatan dan sanubari.Setiap apa yang berlaku di saat ini, kami staff SKBP masih lagi mengimbas kembali setiap peristiwa bersamanya sekiranya sesuatu peristiwa baru berlaku. Tidak dapat mengelakkan diri dari membandingkan ketokohan beliau dengan yang lain, kami pasrah.
Dengan izin Allah, akan kami simpan segala nasihat dan panduan yang telah beliau berikan secara peribadi mahupun secara profesional.Anak-anak di SKBP juga masih lagi terasa akan kehilangan beliau dan kami para guru menjadikan itu sebagai satu semangat untuk menjadikan mereka sebagai anak-anak yang lebih berilmu, beramal dan bertakwa pada Allah swt - Insyaalah. Terasa kehilangan takzirah pagi yang sering beliau berikan di setiap kesempatan yang ada demi untuk menasihati sesama insan.Semoga beliau akan terus menabur bakti di tempat baru dan kami di sini akan sentiasa berdoa semoga beliau sentiasa mendapat keberkatan Illahi disamping keluarga tercinta.
No comments:
Post a Comment