Semalam -30 hb Ogos 2010 telah diadakan Sambutan Majlis Berbuka Puasa KMTK 2010. Semua Pensyarah dan Staff di wajibkan hadir untuk berbuka bersama dengan Tuan Haji Hashim- Pengarah KMTK dan pelajar-pelajar.Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna- Alhamdulilah. Semua Pensyarah hadir untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut yang jika diikut kiraan dan turutannya adalah kali yang keenam bagi tahun 2010. Sepanjang sebulan bulan Ramadhan yang mulia ini, Unit Dinamika telah berusaha menganjurkan 6 sesi majlis berbuka puasa antara pensyarah dan pelajar dan tarikh ini adalah kemuncaknya dimana selepas berbuka, solat Maghrib, Isyak dan Terawikh, akan disusuli pula dengan Sambutan Ambang Merdeka yang diwajibkan untuk semua Kolej-Kolej Matrikulasi.Selesai Sambutan Ambang Kemerdekaan, seluruh warga KMTK akan berehat sebentar dan meneruskan agenda terakhir iaitu Qiamulail.
Alhamdulilah, semoga dengan usaha-usaha yang dilakukan akan memberi manafaat buat semua warga KMTK dan mendapat keberkatan Illahi.
No comments:
Post a Comment