Wednesday, September 22, 2010

Dalamnya erti keikhlasan hati

Manusia kekadang lupa pada erti persahabatan, persaudaraan dan dalamnya kasih sayang sesama insan. Sesetengah manusia akan tidak memperdulikan perasaan manusia lain hanya kerana takut pada protokol yang dicipta oleh manusia itu sendiri hinggakan kekadang membunuh erti keikhlasan sebenar.

Sedarlah sekiranya hati kita benar-benar ikhlas kerana Allah, akan kita harungi dan gagahi jua walau ada halusnya suara yang menyatakan tidak pada keikhlasan itu.Tepuk dada, tanya lah selera. Adakah anda benar-benar ikhlas hari ini bila hanyunan kaki dan pautan stering kereta berarahkan bekas tempat kerja anda?Tertutuplah hati ini bila memikirkan yang lain namun kalah jua bila bulatnya mata-mata hitam anak-anak yang tidak berdosa, seakan memanggil-manggil..................ikhlasku kerana Allah SWT demi anak-anak.Itu sahaja yang mampuku katakan,bukan kerana yang lain.

Insyaallah, hadirku disini pada hari-hari mendatang hanya sebagai waris murid, tidak lebih dari itu kerana sudah nyata itulah hakikat sebenar yang ingin disuarakan, cuma aku sendiri yang masih belum menyedarinya.Atau.....masih belum mampu melupakan.

3 comments:

Zawiyah Zain said...

Sayunya hati bila membaca coretan ni.. Jgnlah dipedulikan dgn apa yg dikatakan org..yg penting Allah tahu keikhlasan hati kita.... Jgnlah sampai pisang berbuah 2 kali..(dulu Mr J merajuk hati, skrg x kan la Mrs K pula)..Semuga persahabatan kita & kasih sayang kita akan terus berkekalan..

idaz said...

tefikir kenapa cepat sgt manusia berubah....sabar banyak2...Allah tahu bantuan ikhlas yg cuba dihulurkan

Shaiful Zaidi said...

Salam akak...Nice blog. I follow...

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...