Saturday, October 22, 2016

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Buat Arwah Emak

Assallamualaikum dan salam  pagi Sabtu yang sentiasa barakah dengan rahmat Allah.
Pagi ini setelah menghantar anakanda Nurul Izzianie Syifa ke sekolahnya untuk aktiviti ko-kurikulum,kami berdua iaitu saya dan suami terus ke tanah perkuburan Khariah Sungai Lalang untuk majlis Bacaan Yassin dan Tahlil yang dianjurkan oleh khariah ini untuk arwah-arwah yang disemadikan di sini. Semua waris dijemput hadir. Di sini jasad emak Allahyarhamah Yam binti Cha disemadikan pada 4hb Oktober 2015.
Hanya suami yang masuk ke dalam dewan ,manakala saya hanya membaca Yassin di dalam kereta kerana sejak dua tiga hari ni...urat-urat di betis dan kaki terasa sangat tegang...menjadikan amat sukar untuk bersimpuh atau bersila dalam tempuh yang lama .Yang penting niat kita diketahui Allah dan barakahNya yang kita harapkan.
Sentiasa kami iringi roh emak Yam binti Cha,emak Hasnah binti Saad,Pak Su Yahya bin Cha,Mak Lang Rodziah binti Abdul Hamid,Mak Cik serta semua ahli keluarga ditempatkan bersama insan-insan terpilih di dalam syurga Allah.Amin Ya Rabbal Aalamin.

No comments:

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...