Monday, November 28, 2016

Catatan di RnR Tapah

Assallamualaikum viewers..
Saya kembali lagi mencatat di sini.Rupa-rupanya segala rasa yang terdahulu membawa maksud Allah ingin menitipkan kesedihan di hati kami.Sebaik sahaja hampir selesai kami menikmati hidangan malam yang tidak seperti yang diharapkan....suami menerima panggilan talipon....disebut2 nama Fahdil,sangka saya berita diterima tentang ibu rakan baik suami,Encik Fadhillong dari JPN Kedah sebab sebelum ini ada disebut -sebut bahawa ibu Encik Fadhilong tidak sihat.
Selesai bicara di talipon...suami memberi khabaran sebenar,Abang Fadhil bekas jiran kami yang juga merupakan ayah kepada anakanda puteri kami Irdina telah dijemput Illahi selepas Isyak tadi. Alkahuakhbar....tersentak rasa hati....air liur ditelan kesat rasanya.Sebulan arwah di HSAH sebelum kembali dijemput sang pencipta dan kami tidak tahu menahu....takdir Allah siapalah kita untuk menidakkannya.Airmata mengalir sukar dihentikan...sedu sedan juga terdengar dari esakan anakanda puteri yang telah kehilangan ayah yang telah sangat memanjakan dia sejak kecil hingga kini bergelar siswi.....terkenangkan arwah yang sangat baik dan tenang.Apakan daya kami....kami perlu teruskan perjalanan kerana urusan anakanda puteri masih menanti.Insyaallah kami akan kembali menziarahi pusara yang sepi sebaik sahaja selesai tugassn dan urusan anakanda puteri.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Abang Fadhil dan menempatkan beliau dikalangan insan-insan beriman....Al-Fatihah. Alunan ayat-ayat Quran mengiringi sepanjang perjalanan kami diselangi sedu-sedan yang bagaikan tidak maju berhenti.Moga kak Fizah tabah walau arwah sudah tiada disisi....Insyaallah.
Catatan dari RnR Tapah.
1.32 pagi
27hb November 2016
Ahad

Perjalanan Malam Ke KL

Assallamualaikum  viewers..
Malam ini kami sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mendaftar anakanda puteri kami Nurul Irdina Syaffiqa bagi semester ke2nya.
Tepat jam 11.00 malam,kami berhenti di Sungai Perak.Seperti biasa,tempoyak ikan patin menjadi pilihan walau sudah lewat malam...couldnt resist the temptation....tapi entah kenapa...hidangan tidak selazat selalu.Lemaknya ikan dikunyah,ditelan hanya kerana sayangkan harganya yang agak mahal -rm7.00.
Suami dan anakanda puteri bongsu cuma minum dan mengadap roti bakar sementara kakaknya menghabiskan soto yang dicarinya dah dua tiga hari kebelakangan ini.
Catatan dari RnR Sg Perak
Jam 11.00 mlm
27 November 2016
Ahad

Friday, November 18, 2016

Little creatures

Assallamualaikum and a very good morning viewers....
Praying and hoping that everybody is having a greatly blessed day now and ahead.Today I would like to share with everybody these beautiful, little creatures .....swimming and swaying gracefully in our 5-feet aquarium. How time really flies....they started being the occupants of this aquarium more or less a year ago and now we are looking and appreciating Allah's masterpiece growing and expending in saiz magnificently....Subhanallah!
This spot has been one of the centers of attraction at Masnie Cottage. 
Alhamdulillah....may it continues to serve as it is or even more. 
Aamin.
Have a nice day ahead everyone.
Assallamualaikum.

Monday, November 7, 2016

Panduan Memohon PC atau GC (Fasa 1 : Mengisi Borang Permohonan)

p/s : Saya ingin berkongsi sedikit info catatan dari rakan blogger Cikgu Hailmi tentang GC atau PC, semoga boleh memberi manafaat kepada semua rakan-rakan pendidik. Terima kasih Cikgu Hailmi atas perkongsian ini. Moga Allah terus memberkati cikgu.
Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru Cemerlang.

1. Fahami Jawatan Guru Cemerlang
Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM, dan serba serbi HEBAT!. 

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan dengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. 

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda, silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum. Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran anda! 

p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!" 


2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepat
Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.
Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan. 

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas. 

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan yang mengecewakan.


3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan lengkap
Seterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:
a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll) 
b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)
c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)
d) LNPT (3 tahun berturut-turut)
e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)
f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam Akademik, HEM  dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang permohonan, masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..


4. Fokus kepada subjek yang dipohon
Perhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu. 

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda masukkan:
a) Ketua Panitia
b) guru kelas tambahan
c) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)
d) penceramah 
e) pemeriksa kertas soalan
f) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)

Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!


5. Bahagikan tugas mengikut bidang
Bagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbun-timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum.

Sebagai contoh:
2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR
2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 3
2010 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains
2011 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 1
2012 - HEM - Penyelaras Disiplin  Tingkatan 1
2012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak

Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda. Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!


6. Kumpulkan bahan
Semasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda, inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.


Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu. 

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.


7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi
Dua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar. Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.

Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini 

Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu mengajarteknik atau kaedahmengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi yang dapat dilakukan adalah blogvideo, dan animasi.
 

8. Tonjolkan kelebihan diri
Semasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua bidang tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek kepakaran anda. Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan saja kesemua sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan memilih yang terbaik daripada anda. 

Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda pada bahagian yang betul. 

Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri, sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat digunakan lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat. 


9. Tanya guru yang berpengalaman
Jangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan nasihat yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. 

Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk mengisi borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan lokek untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda! 


10. Sedia untuk berdepan dengan haters
Yang ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya nih. Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi, sentiasa lah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh para haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang, perli memerli, bergurau terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan lagi lah.

Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?

Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka sebagai nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah dia. Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita buat. Hanya kita dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita niatkan. Selagi niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa. 

Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para haters!

Ader ku kesah? ;)


11. Motivasi Diri Yang Betul
Harus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru Cemerlang ini bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri agar menjadi pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman, serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih banyak ilmu dengan orang ramai. 

InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan! Sekurang-kurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau permohonan kita tidak berjaya nanti.. 

Akhir kalam daripada saya, berusahalah yang sebaik mungkin. InshaAllah dengan kesungguhan, semua orang pasti beroleh kejayaan. Saya yakin ramai lagi guru-guru HEBAT di luar sana. Cubalah peluang ini bagi membuka peluang lebih besar kepada kita untuk mencurahkan ilmu, inshaAllah! Semoga berjaya!! 




Sedikit Perkongsian Tentang PC



Tidak pernah terlintas untuk saya berkongsi tentang jawatan Pensyarah Cemerlang (PC) yang telah saya sandang bagi dua lantikan iaitu pada tahun 2010 dan 2015, tetapi apabila tiba-tiba saya terbaca perkongsian rakan-rakan pendidik tentang GC atau PC dalam usaha pencarian info untuk menulis salah satu kertaskerja terkini saya...maka saya mohon izin rakan-rakan bloggers ini iaitu Cikgu Hailmi dan Puan Wan Noor untuk berkongsi dengan followers blog saya ini. Mohon halalkan ya.
Kriteria Guru Cemerlang
Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Guru cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi :
a. Peribadi : guru cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketerampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar

b. Pengetahuan dan kemahiran : Guru cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengatahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

c. Hasil kerja : Guru cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

d. Komunikasi: Guru cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum
e. Potensi : Guru cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik
f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara: Guru cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara

Tujuan pengwujudan jawatan guru cemerlang
1. Mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan tujuan berikut
a) Memperluaskan jawatan naik pangkat dalam perkhidmatan pelajaran
b) Memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang berpengetahuan, berpengalaman, berkemahiran dan mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran
c) Membolehkan guru-guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar di bilik darjah atau bertukar ke jawatan pentadbiran
d) Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke jawatan lebih tinggi secara laluan laju

PC-MM Collaborative Program Phase 2

All The Best,Girls!
Do Keep In Touch

Wednesday, November 2, 2016

PC-MM Collaborative Program Phase 2

2nd of November :
Alhamdulillah for PC-MM Collaborative Program Phase 2 we were able to go through the writing skill focusing on Question 2 which is the extended writing.
I guided the girls on the drafting phase of the 5-paragraph essay....by then I already realized that they were not used to drafting systematically before writing their essays.
Time really flies...the 2 hours went so fast but  everybody seemed satisfied with the session.We planned what we are going to do for tomorrow during our next coming sessions.
Till then....goodnight!!
Going through the sample essays
A good sample essay to be emulated

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...