p/s : Saya ingin berkongsi sedikit info catatan dari rakan blogger Cikgu Hailmi tentang GC atau PC, semoga boleh memberi manafaat kepada semua rakan-rakan pendidik. Terima kasih Cikgu Hailmi atas perkongsian ini. Moga Allah terus memberkati cikgu.
Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru
Cemerlang dengan rakan-rakan guru. Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa
Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang. Jom kita tengok apa
perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memohon Guru
Cemerlang.
1.
Fahami Jawatan Guru Cemerlang
Dalam kebanyakan
kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru
Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT
CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam HEM,
dan serba serbi HEBAT!.
Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru yang cemerlang dan
menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam
bidang pengkhususan dengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber
inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan
lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.
Jadi,
jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda,
silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum.
Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek
kepakaran anda!
p/s:
Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli
sukan wakil Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada
sumbangan anda dalam bidang subjek yang dipohon!"
2.
Pilih Subjek Kepakaran dengan tepat
Pemilihan
subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat permohonan
Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan
juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah
yang berbeza-beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh
rujuk jadual di bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan
sesuai untuk anda.
Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi
pilihan, semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih
subjek yang mana anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan.
Pastikan
juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar
sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda
berpindah-pindah sekolah. Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek
bukan major anda, selagi subjek yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3
tahun dan ke atas.
Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan
yang mengecewakan.
3. Isi
Borang Permohonan dengan betul dan lengkap
Seterusnya,
isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan dan sikap
ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan permohonan
anda ditolak/kurang menyerlah.
Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang sedia dikemaskini.
Sebagai contohnya:
a)
Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll)
b)
Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)
c)
Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)
d)
LNPT (3 tahun berturut-turut)
e)
esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)
f)
Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam
Akademik, HEM dan Kokurikulum dengan lengkap)
Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam
borang permohonan, masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang
anda dan memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..
4.
Fokus kepada subjek yang dipohon
Perhatian
dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang dipohon. Nyatakan
dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda buat untuk
subjek atau pun bidang kepakaran anda itu.
Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan
dalam borang dan juga lampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi
mengukuhkan permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh
anda masukkan:
a)
Ketua Panitia
b)
guru kelas tambahan
c)
guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)
d)
penceramah
e)
pemeriksa kertas soalan
f)
penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)
Apa-apa
yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna
jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika
diteliti sangat sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi
saya ingatkan, penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam
subjek kepakaran, bukan lah bidang lain!
5.
Bahagikan tugas mengikut bidang
Bagi
memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbun-timbun
untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada
bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan
Kokurikulum.
Sebagai
contoh:
2010 -
Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR
2010 -
Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 3
2010 -
HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2010 -
KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2011 -
Akademik - Ketua Panitia Sains
2011 -
Akademik - Penceramah Bengkel Sains
2011 -
HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2011 -
KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2012 -
Akademik - Ketua Panitia Sains
2012 -
Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 1
2012 -
HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2012 -
KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak
Penilaian
pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda. Jika
anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang
untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!
6.
Kumpulkan bahan
Semasa
mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul semua
bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda,
inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang
berkaitan agar memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan
lengkap.
Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk
semula dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang
diisi pada setiap tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala
maklumat tersebut dalam bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.
Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun
sebelumnya bagi mendapatkan semua Jadual Waktu.
Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan,
sekurang-kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam
mengumpulkan bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.
7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi
Dua
perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru
Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.
Seperti
cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai sebarang
Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak mengikuti
perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia!
Kajian
Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang
dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik
yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran
kita dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar.
Lantas kita mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita
dikongsi dengan rakan-rakan guru yang lain.
Tengok
satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini
8.
Tonjolkan kelebihan diri
Semasa
mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua bidang tugas
dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek kepakaran anda. Seperti
yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan saja kesemua
sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan memilih yang terbaik
daripada anda.
Jika
anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela dengan
pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda pada bahagian
yang betul.
Menonjolkan
kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri, sebaliknya
memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat digunakan lagi
dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat.
9.
Tanya guru yang berpengalaman
Jangan
lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah memohon Guru
Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya atau pun tidak
dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan nasihat yang
boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.
Nasihat
dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk mengisi borang
permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan lokek untuk
berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda!
10.
Sedia untuk berdepan dengan haters
Yang
ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya nih.
Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang
senang dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi,
sentiasa lah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh
para haters. Ianya boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang,
perli memerli, bergurau terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan
lagi lah.
Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?
Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka sebagai
nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah dia.
Yang penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita
buat. Hanya kita dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita
niatkan. Selagi niat kita baik, inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari
Yang Maha Kuasa.
Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih
banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para
haters!
Ader ku kesah? ;)
11.
Motivasi Diri Yang Betul
Harus
diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru Cemerlang ini
bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan pangkat.
Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri agar
menjadi pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan
pengalaman, serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih
banyak ilmu dengan orang ramai.
InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan!
Sekurang-kurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau
permohonan kita tidak berjaya nanti..
Akhir
kalam daripada saya, berusahalah yang sebaik mungkin. InshaAllah dengan
kesungguhan, semua orang pasti beroleh kejayaan. Saya yakin ramai lagi
guru-guru HEBAT di luar sana. Cubalah peluang ini bagi membuka peluang lebih
besar kepada kita untuk mencurahkan ilmu, inshaAllah! Semoga berjaya!!
No comments:
Post a Comment