Monday, November 7, 2016

Sedikit Perkongsian Tentang PC



Tidak pernah terlintas untuk saya berkongsi tentang jawatan Pensyarah Cemerlang (PC) yang telah saya sandang bagi dua lantikan iaitu pada tahun 2010 dan 2015, tetapi apabila tiba-tiba saya terbaca perkongsian rakan-rakan pendidik tentang GC atau PC dalam usaha pencarian info untuk menulis salah satu kertaskerja terkini saya...maka saya mohon izin rakan-rakan bloggers ini iaitu Cikgu Hailmi dan Puan Wan Noor untuk berkongsi dengan followers blog saya ini. Mohon halalkan ya.
Kriteria Guru Cemerlang
Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Guru cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi :
a. Peribadi : guru cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketerampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar

b. Pengetahuan dan kemahiran : Guru cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengatahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

c. Hasil kerja : Guru cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

d. Komunikasi: Guru cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum
e. Potensi : Guru cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik
f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara: Guru cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara

Tujuan pengwujudan jawatan guru cemerlang
1. Mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan tujuan berikut
a) Memperluaskan jawatan naik pangkat dalam perkhidmatan pelajaran
b) Memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang berpengetahuan, berpengalaman, berkemahiran dan mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran
c) Membolehkan guru-guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar di bilik darjah atau bertukar ke jawatan pentadbiran
d) Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke jawatan lebih tinggi secara laluan laju

No comments:

Reflecting on your writing task

Assalamualaikum everyone.  It has been quite some time since I requested you to share your personal reflection on your task. Today I want yo...