Friends

Saturday, June 3, 2017

7th Ramadan

Ramadan ke 7:
Agak hairan tengahari ini...sewaktu sesi menghantar anakanda untuk part time jobnya di Tesco,kereta sedang di posisi statik kerana parking sementara anakanda yang memandu turun dan saya mengambilalih untuk pemanduan pulang. 2 orang anak gadis bertudung labuh dan berpurdah lalu dan asyik menoleh memandang saya,bukan sekali tapi 3 kali sambil berjalan sambil juga berbisik2 menuju ke entrance Tesco.Saya perhatikan sambil bertanya anakanda ,mungkinkah kawannya kerana dia juga punya sahabat yang berpurdah....katanya tak kenal.
Maafkan saya jika anda berdua adalah bekas students saya.....litup purdah anda tidak memungkinkan saya mengenali anda....dan saya sebenarnya mengharapkan si gadis berdua menegur jika mereka mengenali saya sebagai bekas guru atau pensyarah mereka kerana timbul pertanyaan dihati,apa yang menarik sangat tentang makcik bert-shirt orange dan berselipar jepun ini di mata mereka hingga tertoleh2 sebegitu sekali.
Ermmmmm......
Post a Comment

PSPM 1 2017/2018

Assallamualaikum and a very good morning everyone, It is your day now and you are going to give your best shots after struggling all th...