Self Journal September 17th:
Sudah menjadi amalan harian saya,setiap pagi semasa memandu ke tempat kerja, saya akan ulang dan mengulang membaca Al-Fatihah dan doa2 harian untuk saya sedekahkan kepada bapa dan umi,arwah mak,arwah mak dan bapa mertua,tok2,wan2,mak /bapa2 saudara dan ahli family yang sudah meninggal,buat suami,anak2,adik2,kakak,abang serta anak2 mereka dan sudah pasti untuk diri saya sendiri juga. Sudah menjadi rutin, masuk aja ke dalam kereta...mulut saya akan mula menyebut.Bukan kerana saya alim tapi hanya sedikit itu yang mampu saya lakukan sebagai permulaan hari2 yang sangat mencabar. Rasa sayu sesayu sayunya......ada kalanya,airmata mengalir tanpa sedar.Moga Allah mengampunkan dosa2 kita dan menerima amalan kita yang sedikit ini.
Itu yang biasanya....self journal hari ini tercatat bukan hendak menceritakan tentang itu sebenarnya tapi hendak berkongsi betapa Allah itu maha penentu segalanya......hari ini buat kesekian kalinya, disentuhnya hati saya dan ditentukannya airmata saya mengalir lagi pabila saya ulang-mengulangi rutin harian saya ini. Entah kenapa saya tak pasti.....yang saya tahu hati saya sangat sayu bila berniat memohon diberi perlindungan oleh Allah Taala,diberi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan,pekerjaan dan pelajaran,dilimpahi dengan rezeki yang banyak dalam apa jua keadaan,ditutupi aib dan kelemahan kami dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Mohon juga Allah jaga dan pelihara anak2 kami yang jauh di mata.Aamin......Aamiin.
Alfatihah ......Innalillah untuk mangsa2 yang ditimpa musibah......Allah itu maha mengetahui segalanya.
No comments:
Post a Comment