Self Journal September 21st:
Kembali mencatat journal diwaktu hujan yang simbahannya manja2 ni......Hari ini tepat jam 4.05 petang saya sudah bersiap untuk pulang sebab risau bila tengok keadaan cuaca sepanjang hari ini....hujan sekejap ganas ,sekejap manja...tapi yang pastinya tidak berhenti langsung. Saya risau jalan pulang dinaiki air seperti yang selalu berlaku maka personal computer (pc) saya hari ini tidak bekerja lebih masa. Lega agaknya kan? Kalau tidak memang kena latu (kata orang Kedah sampai 5.30 petang selalunya.Bila saya text suami beritahu dah nak balik....spontaneous responsenya ialah..."balik awal?". "Ye.....awal hehe..." jawab saya kembali.
Syukur Alhamdulillah perjalanan pulang saya ,Allah lapangkan dan permudahkan. Tiada limpahan air yang serious membanjiri jalanraya...cuma bahagian tepi jalanraya saja yang bertakung airnya dan tidak mengganggu pengguna jalanraya sepanjang jalan.
Mungkin rezeki alam sempena menyambut 1 Muharam ini barangkali.Sejuk sedikit bumi yang panas dek pelbagai cerita dan peristiwa akhir2 ini.Salam Maal Hijrah buat semua viewers dan followers.Semoga langkahan hari ini akan menjadikan kita sehari lebih dewasa-Insyaallah.
Saya dengan rendah hati memohon kemaafan pada semua viewers dan followers FB dan blog saya jika sepanjang catatan journal saya ini ada kata2 dan frasa2 ayat santai saya yang menyentuhi perasaan dan membuatkan hati anda tersinggung. Sesungguhnya niat saya hanyalah untuk berkongsi ilmu senipis kulit bawang dan pengalaman sebagai pendidik juga bonda kepada anak2 permata hati saya yang berempat serta anak2 pelajar saya selama ini.Barakallah untuk rakan2 yang selalu menyokong dan memberi motivasi untuk saya teruskan SJ dan WJ saya ini.
Salam Maal Hijrah 1439.
KMK
No comments:
Post a Comment