Work Journal September 18th:
Tugas Hakiki dan Petai Jeruk!!
Syukur Alhamdulillah target untuk menyelesaikan tugasan yang disenaraikan hari ini hampir mencapai sasaran.Yang selebihnya kita sambung di rumah malam nanti kerana jam sudah menunjukkan pukul 5.35 petang.Masa untuk pulang kerana perlu jemput si bongsu di sekolah nanti. Lapang dada bila kerja hakiki personal boleh dikongsi bersama rakan2 yang lain.Mungkin dapat mempermudahkan urusan kerja hakiki kami bersama-Insyaallah.
Turun saja dari jabatan dan selesai punch-out,saya berjalan menuju ke kenderaan,tiba-tiba datang seorang staf kolej memberi salam dan terus bertanya :
Staf : Assallamualaikum kak mas,nak balik dah ke?
Saya : Waalaikumslm....Ya A...(tak perlu saya sebutkan namanya kot ya).Nak gi ambik anak akak pula.
Staf : Kak Mas free tak Sabtu ni....nak jemput makan kenduri kat rumah saya.
Saya : Insyaallah A....rasanya tak ada plan lagi la setakat ni .....ada izin Allah akak pi nanti.Abang pun dah balik dah.
Staf : Alhamdulillah...mai tau kak mas.Ajak abg joe sekali.Kalau tak tau jalan..call nanti saya pg ambik kat mana akak berhenti. Saya buat makan2 masak cara kg je kak....ada sup,gulai, petai jeruk ,daging cicah ayaq asam.... petai jeruk nanti saya simpan untuk akak.
Allahu....betapa sahabat yang bagaikan adik saya ini sangat2 menyantuni dan meraikan saya. Dan saya kira begitu jugalah peradapan beliau dengan rakan2 lain.Sopan dan santun bicaranya, bercerita tentang kendurinya nanti serta pengharapannya agar saya dan suami dapat hadir. Insyaallah moga diberi rezeki kami meraikan kembali jemputan saudara kami ini. Nanti kak mas tuntut petai jeruk ye!
No comments:
Post a Comment