Friday, March 29, 2019

Cerita Blog Peribadi dalam PdP Bahasa Inggeris




Perkongsian saya hari ini adalah tentang penggunaan blog dalam PdP atau sesi Pengajaran dan Pembelajaran harian kita sebagai seorang pendidik.Mungkin ramai antara kita sudah mempunyai blog peribadi seperti saya ini. 

Bagi saya,blog peribadi bukan hanya sekadar berkongsi tentang kisah sendiri sahaja,oleh itu saya gabungkan juga dengan kerjaya saya sebagai seorang pendidik. Dulu, saya hanya kongsikan bolg entry saya tapi bila saya terima anak-anak pelajar yang kurang berkeyakinan dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris,subjek yang saya ajar,maka saya mula terfikir untuk menggalakkan mereka menulis secara santai. Yang pastinya,mereka harus mula menulis.

Caranya begini. Bila saya merancang untuk jalankan sesuatu aktiviti di dalam kelas tutoran, saya akan masukan ke dalam blog sebelum kelas bermula. Saya galakkan pelajar membaca blog entry saya sebelum kelas. Flipped Learning berlaku di sini dan pelajar bersedia untuk belajar dengan sesuatu input atau informasi sudah berada di dalam minda mereka.Mereka tidak datang ke kelas tutoran saya dengan fikiran yang kosong atau minda yang tertanya-tanya.

Seterusnya PdP berjalan seperti biasa dengan pelajar belajar menerusi penerangan dan aktiviti yang dirancang awal. Student-centered pastinya kerana mereka akan lebih banyak berkomunikasi sesama sendiri dan bersama saya sepanjang masa kelas berlangsung. 10 minit sebelum kelas berakhir, saya seperti biasa akan menghala mereka kepada komunikasi bertulis iaitu memberi komen-komen berupa self-reflection atau feedback dari PdP dan aktiviti yang dijalankan tadi.Self-reflection atau feedback ini mereka akan berikan di dalam slot komen di dalam blog saya.

Pada awal saya perkenalkan inovasi kecil saya ini, mereka sangat kurang berkeyakinan. Mampu hanya menulis beberapa ayat sahaja dan mengambil masa yang agak lama sebab self-consious mereka terlalu tinggi dan self-esteem mereka terlalu rendah.Sekarang, saya boleh berbangga dengan peningkatan keyakinan mereka.

I am a proud lecturer now.

6 comments:

ainul mardhiah said...

Congratulations Madam Mas.
Saya telah lama follow blog Madam dan hingga kini salute saya tidak pernah pudar,malah semakin bertambah bila saban hari Madam gerakkan minda pelajar dengan pelbagai aktiviti.
Teruskan Madam.

Anonymous said...

Good evening Madam Mas
Your way of writing really inspires me, a young educator.
Wishing to be able to create great things like you one day.
Keep motivating the others.

Ahmaf Fadzil Karim said...

Assallamualaikum Madam Mas,
Saya guru Bahasa Melayu,boleh ke saya gunakan blog untuk mengajar pelajar2 saya menulis.
Mereka sangat takut untuk menulis untuk paparan umum,mungkin kerana self-esteem mereka sangat rendah. Bantu saya,Madam

Khalipah Mastura KHalid said...

Waalaikumusalam Encik Fadzil.
Jawapan saya,sudah pasti boleh.Jika anak2 pelajar akak mampu bermula dengan ayat2 Bahasa Inggeris yang ringkas,apatah lagi pelajar2 cikgu untuk menulis dalam Bahasa Melayu.
Yang mereka perlukan adalah galakan dan motovasi dari Cikgu untuk mula melangkah.
Go Cikgu Go!

lovemachoco said...

p

lovemachoco said...

numpang promote ya min ^^
Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...