Assalamualaikum semua.
Hari ini saya akan membuat sedikit perkongsian tentang keperluan 'evidence' semasa proses permohonan dan langkah sebagai seorang Guru Cemerlang. Saya akan mulakan dengan yang paling utama sekali iaitu menyediakan lesen besar kita iaitu Teaching Portfolio Fail (TPF) jika anda mengajar di Kolej Matrikulasi dan Buku Rekod Mengajar (BRM) jika anda mengajar di sekolah.
Seperti keperluan 'evidence' yang lain juga, TPF atau BRM ini hendaklah disediakan untuk 3 tahun kebelakang dan tahun semasa pencerapan. Sediakan sahaja Cikgu, mereka nak tengok atau tidak..itu terpulang dan kita tak perlu pening-pening nak memikirkannya.Biar mereka menjalankan tugas yang sepatutnya Yang penting kita jangan terjerat dengan ketidaendahan kita tentang sesuatu perkara. Better be ready.
Lesen besar ini sebenarnya membuktikan konsistennya kita atau tidak dalam menrancang dan menguruskan kerja hakiki kita iaitu PdP. Terancang cantik Rancangan Pengajaran Harian kita, Borang Kedatangan Pelajar, pengetahuan terperinci tentang Rancangan Tahunan dan lain-lain dokumen resmi akan membuktikan bahawa kita sudah hampir layak bergelar Guru Cemerlang. Kenapa saya kata hampir layak dan bukannya sudah layak? Kerana ada banyak lagi faktor penting yang akan dinilai untuk melayakkan sesaorang itu bergelar Guru Cemerlang.
Nantikan perkongsian saya dalam 'entry' seterusnya.
Salam Sayang
Kak Mas
4 comments:
I do appreciate comments and suggestions from viewers.
Tqsm❤️❤️❤️
Your documentation is so neat and beautiful.....no wonder you have been appointed as GC level by level. Congratulation Kak Mas
Thank you so much Kak Mas for your great sharing. Appreciate your effort so much
Banyak belajar dari Kak Mas. TQSM Kak Mas. Moga menjadi saham dunia akhirat buat akak.
Post a Comment