Friendship Quotes

Tuesday, June 8, 2010

Tuan Haji Zulkiflee Bin Ahmad (2)

Tuan Haji Zulkiflee Ahmad, seorang insan yang kami kenang hingga ke hari ini. Melihat foto-foto yang telah sempat saya abadikan dalam album kenangan....segalanya masih terasa baru dan kata-kata nasihat beliau masih lagi jelas terpahat di ingatan dan sanubari.Setiap apa yang berlaku di saat ini, kami staff SKBP masih lagi mengimbas kembali setiap peristiwa bersamanya sekiranya sesuatu peristiwa baru berlaku. Tidak dapat mengelakkan diri dari membandingkan ketokohan beliau dengan yang lain, kami pasrah.

Dengan izin Allah, akan kami simpan segala nasihat dan panduan yang telah beliau berikan secara peribadi mahupun secara profesional.Anak-anak di SKBP juga masih lagi terasa akan kehilangan beliau dan kami para guru menjadikan itu sebagai satu semangat untuk menjadikan mereka sebagai anak-anak yang lebih berilmu, beramal dan bertakwa pada Allah swt - Insyaalah. Terasa kehilangan takzirah pagi yang sering beliau berikan di setiap kesempatan yang ada demi untuk menasihati sesama insan.Semoga beliau akan terus menabur bakti di tempat baru dan kami di sini akan sentiasa berdoa semoga beliau sentiasa mendapat keberkatan Illahi disamping keluarga tercinta.

Monday, June 7, 2010

An Evening At Pantai Merdeka

Yang ni memang manja habis.......Si Angah.
Kakak, Baba and Adik Syifa












Kelmarin 6/6/2010, kami luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Merdeka.Bukan sepanjang hari, cuma bermula dari pukul 4pm saja. Bawa sedikit bekal untuk santapan anak-anak selepas penat mandi-manda- cuma goreng nuggets, fishballs and sandwiches.Itu pun tak habis sebab they all sibuk nak mandi, dah tak lalu nak makan dah. Habis je mandi, makan sikit terus nak gi jalan-jalan pulak.

Opps, forgot to tell, sebenarnya ada expo kat Pantai Merdeka till 19/6/2010 and we didnt even know. Bila sampai je, tengok orang punya la ramai.
but its ok, anak-anak nak mandi jugak.So biar lah dia orang mandi and enjoy themselves.

Tapi yang tak syoknya bila tengok ada adegan-adegan yang tidak seronok dilihat. Rasanya macam nak snap gambar je and uploadkan dalam blog biar semua orang tengok. Sakit hati tengok couples yang berasmaradana di khalayak ramai tanpa segan silu.Melayu pulak tu, bukannye non-muslim. And the best thing in, ada yang came in group and in the group, there is only one girl among the guys. Siap tidur atas riba lagi. My God!Bebudak ni tak pernah baca newspaper ke, kisah girls kena rape by their boyfriend and friends.....oh gosh! Benda-benda macamni la yang spoiltkan mood kita.Nevermind,just let it be. Jauhilah anak-anakku dari benda-benda begini.
Nurul Izzianie Syifa sibuk dengan bubblenya.....












My little one, sibuk nak beli bubbles so dia asyik tiup je benda tu sepanjang petang.As long as she is happy, we are happy.

That's our evening at Pantai Merdeka.


Friday, June 4, 2010

Penambahbaikan Kelas

Meja Guru
Sudut dimana ditempat fail-fail PLBS dan buku latihan murid











Bagi tahun 2010, saya lakukan sedikit lagi penambahbaikan di dalam kelas yang saya pegang (6 Nilam).Ini adalah satu kepuasan sebenarnya, melihat kelas yang ceria dan bersih akan lebih mendorong murid-murid agar lebih selesa belajar.
Mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga kelas agar tidak kembali kepada kelas yang kosong, kering dan tidak bermaya. Pilihan terletak pada diri mereka sendiri setelah apa yang telah saya lakukan untuk menjadikan kelas mereka sepertimana kelas yang mereka duduki pada hari ini.Sekiranya, mereka tidak mampu menjaga kelas seperti yang sepatutnya, maka saya tiada pilihan lain selain mengosongkan semula kelas tersebut menjadi seperti kelas asal.

Sedikit sebanyak piliha yang saya berikan itu membuat mereka terfikir sebenarnya, dan Alhamdulillah, saya cuma perlu masuk dan lihat, mereka pasti sedar apa yang mereka perlu lakukan jika kelas tidak dalama keadaan yang tidak memuaskan.
SAL Corner

Suasana di dalam Kelas 6 Nilam 2010

Thursday, June 3, 2010



muka yang sangat letih sebab baru aja balik dari buat module plbs bahasa inggeris.


teacher's day 2010

Some of the gifts presented by the pupils. So cute and lovely. The lovely gifts represent their love.They show how much they care and respect their teachers......the way really touches the heart of the receiver - honestly.




Tuan Haji Zulkiflee Ahmad

Tuan Haji Zulkiflee Ahmad - bekas guru besar SK Batu Pekaka yang kini sedang bertugas di SK Permatang Kerat Telunjuk adalah seorang insan yang amat istimewa. Hadirnya di SKBP banyak memberi motivasi ilmiah secara tidak langsung pada semua warga sekolah,tidak kira para guru, staff sokongan mahupun anak-anak di SKBP.Pemergiannya amat kami rasakan , terasa seperti kehilangan seorang insan yang bernama ayah.......walau sebenarnya hati berat melepaskan beliau pergi dari SKBP namun, demi kebaikan dan kesejahteraannya yang mempunyai lebih banyak tanggungjawab di tempat beliau, maka kami warga SKBP relakan dengan iringan doa semoga kami di sini tidak akan beliau lupakan.
Nasihat dan tunjukajar yang beliau berikan, Insyaalah akan kami jadikan pedoman demi kebaikan bersama.Terima kasih yang tidak terhingga, Cikgu ZUL.

LET'S VIEW MY BLOG.....: kembali blogging.

LET'S VIEW MY BLOG.....: kembali blogging.

kembali blogging.


Rasanya dah lama sangat tak updatekan my blog, memang tak ada masa langsung.Rindu sebenarnya nak kongsi cerita tapi apa kan daya, memang tak cukup tangan nak buat kerja sekarang ni. Everything keep on topping up pile by pile.Tapi hari ini, masuk juga blog. Gambar diatas ni ialah bersama Siti Zamrah, guru media sekolah. Good to have her here with us in Batu Pekaka.