|
Haffy Rayyan Hasfani Rusman |
|
Nur Qaseh Qhalesya Emelin Muhammad Azhar |
11 September 2010 - Hari Raya Kedua yang juga adalah hari lahirku. Meriah rasanya tahun ini kerana hampir semua adik-adik dan keluarga mereka berada bersamaku dan juga familyku di rumah bapa. Kami raikan bersama-sama seiring dengan sambutan hari raya yang sememangnya meriah tahun ini. Rumah bapaku tak henti-henti menerima kunjungan tetamu. Bertali-arus dan memang rezeki mereka agaknya kerana sentiasa saja ada hidangan yang memang kami sediakan walaupun sememangnya kehadiran mereka tidak dirancangkan.
Alhamdulilah bertambah erat ikatan persaudaraan antara kami sekeluarga dan meriahnya bertambah-tambah dengan keletah anak-anak saudaraku yang nakal dan mongel-mongel belaka. Dua anak saudara baru - Haffy Rayyan dan Nur Qaseh Qhalesya Emelin menambah keriangan seisi keluarga dengan keletah comel mereka. Kesyukuran ke hadrat Illahi kupanjatkan atas segala kurniaNya pada kami sekeluarga dan doaku biarlah kebahagiaan dan keharmonian ini berkekalan selamanya - Insyaalah.
No comments:
Post a Comment