Tuesday, December 7, 2010

Manusia ini.......


 Hari ini bawa anak-anak ke Carnival  dekat Cinta Sayang Club. Bukan semua pun yang boleh dibawa sebab si Along dah balik ke kolejnya dan si Angah berada di Rawang rumah Alangnya. So yang tinggal si kecil berdua tu la, Kakak dan Adik. They were so excited in hearing that we are gonna take them to the Carnival. Tak pe la.... sekurang-kurangnya kurang lah sikit tahap keboringan mereka berdua tu. Maklumlah asyik kat rumah je, Mama dan Baba kerja.

Spent about 4 hours there, dah kecut pun tak nak keluar dari air juga. Nasib baik le ada Babanya nak temankan dalam air, if not, sure bising punya. Kali ini tak nak uploadkan pictures lagi lah. Nanti-nanti bila dah transfer, baru upload semula. Malas benar rasa malam ni.

Yang seronok nak dikongsi bukan la pasal anak-anak mandi tu sangat. Biasa sangatlah bagi they all tu, mandi kat situ ka, swimming pool ka, laut ka, tak kisah berapa puluh kali pun, tahap excitement tetap serupa. Tinggi sokmo!! Hai anak-anak......

Yang nak dikongsikan di sini adalah pengalaman saya menghabiskan masa menunggu anak2 dan Babanya mandi-manda. Berkesempatan pula berbual dengan seorang lelaki berketurunan Cina. Ingatkan dia dengan anak-anaknya. Bila sikakak menghampiri, saya menegur, " macam Melayu rupanya". Tau apa katanya. "Dia memang Melayu". Tercengang sebentar saya. Anaknya Melayu? Budak tu berkulit putih macam anak Cina tapi matanya tak sepet dan mukanya macam anak Melayu.

Dia terus bercerita, katanya anak jirannya tapi dah jadi macam anak sendiri. Ibubapa dah berpisah, anak 7 orang dan mereka org susah. Jiran nya sejak 20 tahun yang lalu (tapi sekarang sudah berpindah tempat tinggal )maka budak tu dah jadi rapat dengannya dan keluarga. Even call him Daddy. This man is a contractor dan punya 3 orang anak yang semuanya dah besar-besar belaka..The child actually sekolah kat SJK Cina and she speaks Manderin excellently.Lepas itu, datang pulak sikecil. 6 years old her age and to my other surprise to my own question : Dia pun Melayu juga. Dan anak kecil itu bukanlah adik kepada sikakak yang tadi tapi dari keluarga Melayu yang lain. Ya Allah...........manusia ini memang berhati mulia, cuma harapanku semoga janganlah akidah anak-anak itu dipesongkan. Bila time makan, dibiarkannya bebudak tu makan dulu, lepas dia org dah tak nak makan, pergi sambung mandi, baru dia makan. Masyaallah........Bila time nak balik, dipimpinnya tangan kedua-dua anak itu macam anak sendiri and who would be saying that those are not his sebab muka kedua-duanya memang macam anak Cina!

Harapan pada kedua-dua ibu dan ayah kandung anak-anak itu, pastikan akidah dan pegangan agama anak-anak tersebut tidak tergelincir dari landasan Islam walau sebaik mana sekalipun hubungan antara mereka dan sekiranya niat si contractor itu ikhlas mahu membantu dan memberi kasih sayang pada anak-anak tersebut tanpa ada niat yang lain,semoga Allah sentiasa memberkati........ Insyaallah.

No comments:

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...