Thursday, February 28, 2019

Rumusan Penjurian Hari Inovasi KMPP


HARI INOVASI KMPP
15HB FEBRUARI 2019
KMPP

Assallamualaikum semua.
Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi2 tahniah atas penglibatan tuan/puan dalam Hari Inovasi kali ini. Penglibatan yang sangat hebat dan bersemangat.

Kedua, terima kasih atas jemputan dan kepercayaan terhadap saya dan Tuan Faizal sebagai panel penilai. Kami sangat2 berbesar hati.

Saya pasti tuan/puan tertanya2 ciri2 penjurian yang menempatkan tuan/puan di dalam kategori atau level yang berbeza. Dan saya pasti tuan/puan juga sudah maklum tentang kriteria pemilihan. Saya akan kongsikan serba sedikit secara umum bahagian2 dimana tuan/puan boleh baiki. Semoga dapat membantu semua untuk meneruskan semangat berinovasi.

1. Inovasi tidak semestinya menghasilkan product, jadi setiap apa yang tuan/puan created dan presented hari ini adalah inovasi. Syabas... As simple as that. Mampu selesaikan masalah atau baiki proses pdp. Secara konvensional atau mgunakan tech ada markahnya bergantung pada impak kepada pelajar.

2.Poster mesti ringkas tapi jelas. Elakkan menggunakan perjelasan yg panjang lebar. Point forms atau bullet forms will be much better. Infographic sgt2 membantu. Padat dan jelas. Selalunya juri tidak dpt mberi masa yg lama utk membaca atau mendengar penjelasan yg tidak berkaitan. Tambahan brochure atau salinan framework yang kita bina akan memudahkan juri meletakkan range markah.

3. Penjelasan perlu padat. Persembahan perlu confident dan mudah difahami. Suara jelas dan antonasi perlu jaga. Jangan over excited... Dah mcm nak marah juri dah kadang2 tu... Lawak jer, bukan kes kita hari ini. Setiap ahli kumpulan perlu yakin untuk menjawab soalan2 juri sebab ini kerja kumpulan. Juri yang berpengalaman ada teknik atau cara untuk korek samada betul seperti yang digambarkan atau tidak.

4.Evidence mesti ada untuk yakinkan juri. Bukan juri tak percaya yang kita dah jalankan inovasi tapi bila bercakap atas angin... Susah sikit nak dapat markah yg bagus. Hasilkan module, gambar2, video atau hasilkerja pelajar sebelum dan selepas inovasi dijalankan. Catatan atau feedback pelajar dalam wassap, telegram, blog atau social media amat membantu disamping analisa data secara statistik.

5. Walau kita kumpulan terakhir dinilai, bersedialah seperti orang lain. Jangan sebut... Tadi ada dalam laptop, sekarang dah padam. Nampak sangat kita tidak serius untuk membentang. Semangat dah lemau sebab menunggu terlalu lama.

6. Jika pernah memasuki mana2 pertandingan, inovasi yg hendak dibentangkan mesti ada penambahbaikan. Boleh saja nak bawa sijil atau medal yang dimenangi dalam pertandingan terdahulu tapi penekanan wajib diberi pada penambahbaikan inovasi tersebut.

7. Wow factor must really  be a WOW. To get 3/5 tu dah bagus sebab maksudnya inovasi sudah dapat memberi impak yang bagus pada penerimaan juri yang hanya melihat dan mendengar sahaja dan bukan berada bersama tuan/puan semasa inovasi dijalankan bersama pelajar. Cari keywords yang strong untuk yakinkan juri yang inovasi tuan/puan memang WOW.

8. Practicality. Bila ditanya how practical it is in class or to your students? Maknanya ada ruang untuk persoalan besar dalam minda juri.... Inovasi ini hanya untuk pertandingan hari ini ke atau memang boleh dijalankan dalam jangkamasa yang panjang dan memberi kesan yang besar pada pelajar dan pdp.

Penjurian hari ini tidaklah boleh kita letakkan sejajar dengan pertandingan2 luar because we are beginners. Kami mengambilkira factor sokongan dan motivation supaya tuan/puan  tidak merasa demotivated hingga hilang semangat untuk terus berinovasi.

Walau apa pun komen dan cadangan serta tips yang kami berikan tadi dan kali ini, anda adalah yang terbaik kerana ada usaha dan semangat yang tinggi untuk mencuba berinovasi.

Kudos, well done and all the best for your next steps.
Jangan segan2 untuk bertanya. Boleh saja hubungi saya dan Tuan Faizal. Walaupun ilmu kami pun tak setinggi mana, boleh lah nak berkongsi berdasarkan pengalaman. Berbanyak2 maaf diatas kekurangan di pihak kami berdua semasa penjurian berlangsung.

5 comments:

Anonymous said...

Salam Puan Mas
Terima kasih atas semua nasihat dan rumusan yang padat ini.
Bagi kami newbies, semua yang Puan kongsi sangatlah membantu dan bermanaafaat.
terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

Perkongsian yang sangat bermanafaat.
Datang lagi,Puan Mas

Amir said...

Wow,it seems that there is a lot of rule to be a judge.Way to go Madam

Faris said...

Thank you madam for your tips to be a great inovasion in different level

lovemachoco said...

numpang promote ya min ^^
Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...