Wednesday, December 16, 2020

Majlis Apresiasi dan Inspirasi KMKK 2020

Majlis Apresiasi dan Inspirasi KMKK 2020

Majlis terakhir untuk tahun 2020 rasanya sebab hari ini sudah 16hb Disember 2020. Tinggal tak berapa hari lagi sahaja untuk kita meninggalkan tahun yang penuh dengan pelbagai dugaan ini. Syukur walau apa jua yang datang,kita telah harungi dengan sedaya mungkin dan masih bertahan hingga kini. Majlis ini diadakan untuk menghargai semua pencapaian dan sumbangan warga KMKK sepanjang tahun 2020. Saya salah seorang yang diraikan. Berbanyak terima kasih. Terasa sumbangan dihargai. Syukurlah walau itu bukan niat dan harapan yang didambakan. Setiap apa yang dilakukan hanyalah kerana bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada serba sedikit ini. Allah telah bermurah hati menitipkan saya dengan ilmu , maka saya kembalikan pada yang berminat untuk berkongsi. Semoga barakah Allah kita nikmati bersama.

Untuk rakan2 lain, moga majlis ini dapat memberi inspirasi . Ambil yang elok....yang kurang itu,kita simpan untuk kita baiki di masa yang akan datang.

Rumah siap,pahat berbunyi,tiada gunanya.

Diam ubi berisi,diam besi berkarat,maka kita ambil yang berisi.

Luv and hugs dearly

Che Mas

 

No comments:

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...