Saturday, August 21, 2010

Perjalanan di subuh hening

Sesungguhnya manusia ini kadang-kadang hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Kenapa soalan ini timbul? Saban hari , saya perlu keluar dari rumah sebelum atau tepat pada jam 6.30 pagi untuk menghantar anak perempuan ke Kuala Ketil dan terus ke Sungai Petani untuk menghantar si bongsu ke tadikanya sebelum meneruskan perjalanan ke KMTK di Pendang untuk menjalankan tugas harian.

Saban hari juga saya perlu melalui jalan yang sama dan saban hari juga hati saya merungut kerana orang-orang yang sama dan mereka yang saya maksudkan ialah penunggang-penunggang basikal dan motosikal yang bukan hanya membahayakan diri mereka sendiri malah akan melibatkan pengguna jalan raya yang lain seperti saya. Ini adalah kerana basikal dan motorsikal yang mereka naiki itu tidak dipasang dengan lampu. Suasana pagi yang sangat gelap memang menyukarkan mata memandang, hanya mengharapkan lampu dari kereta sendiri dan suluhan cahaya dari kenderaan yang datang dari hala yang bertentangan sahaja. Itu pun kalau suluhan lampu tersebut tidak menyakitkan dan menyuluh mata sendiri.

Di antara Padang Serai dan Padang Meha,suatu pagi saya sendiri nyaris-nyaris terlanggar salah seorang penunggang basikal yang berderet-deret sepanjang jalan dan untuk pengetahuan, mereka adalah Mat-Mat Bangladesh yang bekerja di kilang berhampiran. Sikap tidak ambil berat ini sebenarnya bukan sahaja menyusahkan mereka malah pengguna jalanraya yang lain. Apa yang akan terjadi jika dalam kegelapan subuh itu, saya terlanggar mereka, berat kisah selanjutnya dan panjang cerita seterusnya.

Bila perjalanan yang amat berhati-hati itu saya teruskan, kisah seterusnya timbul bila saya menghampiri Kuala Ketil. Ini bukan lagi Mat-Mat Bangla, tapi para waris yang langsung tidak menghiraukan keselamatan mereka dan anak-anak mereka. Tujuan perjalanan mereka adalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah tapi motosikal mereka tidak langsung dilengkapi dengan lampu. Tidakkah itu merbahaya, bukan hanya pada diri sendiri, anak-anak yang masih kecil, malah juga pada pengguna jalanraya yang lain seperti saya.Harapan saya, dapat la ini dijadikan sebagai satu renungan bersama........

Alkisahnya, perjalanan saya saban hari menjadi lambat dek kerana manusia-manusia seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri . Allahuallam........

Friday, August 13, 2010

Masa bersama keluarga tersayang.

Suami asyik leka memancing kerana jarang-jarang sangat mendapat kesempatan memancing disebabkan kesibukan kerja.
Leka sungguh En Jo bila dapat  joran......
En Jo bersama anak-anak sibuk memasang khemah  walaupun sebenarnya dah tak perlu ada khemah tu...
Bersama si  bongsu yang amat bising sepanjang masa
Dia dah penat dah......
Khemah dalam chalet
Chalet  Terapung PPK Merbuk yang damai dan tenang.

Anak-anak dan rakan mereka leka memancing.













Thursday, August 12, 2010

Dolly- Dolly

We adore cute children but cringe at the sight of wrinkled, toothless elders.Is that what we are thinking of ?Care to share.....................

Friday, August 6, 2010

Team PLBS Negeri Kedah 2010

Puan Pauziah Md Tahir
JPN Kedah

Sebahagian dari Ketua-Ketua Pentaksir PLBS Negeri Kedah
Team Penggubal Modul PLBS Negeri Kedah 2010

Sebahagian dari Ketua-ketua Pentaksir PLBS Negeri Kedah untuk Matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Sains telah bermesyuarat dan mengadakan taklimat serta bengkel untuk menghasilkan modul PLBS untuk kegunaan semua guru sebagai panduan menjalankan PLBS di peringkat sekolah. Usaha murni ini telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah  dibawah kelolaan Puan Pauziah Md Tahir yang sangat komited dan perihatin dengan masalah yang dihadapi oleh para guru dalam melaksanakan proses PLBS selama ini.

Kalungan tahniah diucapkan pada semua Ketua-Ketua Pentaksir yang telah bertungkus-lumus berusaha demi memastikan modul ini dapat dihasilkan pada tahun ini dan Insyaalah akan diterbit serta diedarkan pada tahun 2011.

Kenangan Teman Seperjuangan

Sesungguhnya kenangan bersama teman-teman seperjuangan di SKBP amat sukar dikikis dari ingatan.Berhijrah ke tempat baru bukan bermakna melupakan teman-teman lama yang sama-sama berjuang demi memberi pendidikan terbaik buat anak-anak didik tersayang. Terima kasih buat semua yang telah membantu dalam apa jua cara demi untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Sesungguhnya kata-kata semangat, pendorong, pujian dan kritikan adalah wadah yang paling mujarab bagi diri ini untuk terus memajukan diri dalam kerjaya.Doa akan terus dipanjatkan pada Illali agar teman-teman juga dapat meneruskan kesinambungan perjuangan untuk kecemerlangan diri sendiri, keluarga dan juga anak-anak didik kita _ Insyaalah.

Tuesday, July 6, 2010

Terima kasih buat semua

Salam buat semua yang bergelar saudara dan sahabat.

Setelah sebelas hari tiada berita di alam maya, saya kembali malam ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga bagi pihak saya sendiri dan keluarga kepada semua yang bergelar lebih dari saudara dan sahabat yang telah bersusah payah mengadakan bacaan yassin dan solat hajat untuk anakanda tersayang - muhammad izzat syazwan yang di masukkan ke HSAH disebabkan suspected as virus infection.Alhamdulilah atas doa saudara, rakan serta sahabat semua, Izzat beransur pulih dari keadaan yang amat kritikal pada saat itu.sekarang berada di wad Bungaraya 1 bilik 10 dengan perkembangan yang sangat memberansangkan.Pada semua yang melawat,menalipon,menghantar SMS ,memberikan kata2 peransang buat kami sekeluarga- hanya Allah Swt sahaja yang akan membalasnya.Betapa ujian Allah ini memberi banyak pengajaran pada semua namun ada manis hikmahNya buat kami sekeluarga- Alhamdulilah.........
Jasa semua yang telah bersama-sama mendoakan agar kesihatan kembali seperti sediakala, tak akan kami lupakan- Insyaalah.

Tuesday, June 8, 2010

Tuan Haji Zulkiflee Bin Ahmad (2)

Tuan Haji Zulkiflee Ahmad, seorang insan yang kami kenang hingga ke hari ini. Melihat foto-foto yang telah sempat saya abadikan dalam album kenangan....segalanya masih terasa baru dan kata-kata nasihat beliau masih lagi jelas terpahat di ingatan dan sanubari.Setiap apa yang berlaku di saat ini, kami staff SKBP masih lagi mengimbas kembali setiap peristiwa bersamanya sekiranya sesuatu peristiwa baru berlaku. Tidak dapat mengelakkan diri dari membandingkan ketokohan beliau dengan yang lain, kami pasrah.

Dengan izin Allah, akan kami simpan segala nasihat dan panduan yang telah beliau berikan secara peribadi mahupun secara profesional.Anak-anak di SKBP juga masih lagi terasa akan kehilangan beliau dan kami para guru menjadikan itu sebagai satu semangat untuk menjadikan mereka sebagai anak-anak yang lebih berilmu, beramal dan bertakwa pada Allah swt - Insyaalah. Terasa kehilangan takzirah pagi yang sering beliau berikan di setiap kesempatan yang ada demi untuk menasihati sesama insan.Semoga beliau akan terus menabur bakti di tempat baru dan kami di sini akan sentiasa berdoa semoga beliau sentiasa mendapat keberkatan Illahi disamping keluarga tercinta.

Monday, June 7, 2010

An Evening At Pantai Merdeka

Yang ni memang manja habis.......Si Angah.
Kakak, Baba and Adik Syifa












Kelmarin 6/6/2010, kami luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Merdeka.Bukan sepanjang hari, cuma bermula dari pukul 4pm saja. Bawa sedikit bekal untuk santapan anak-anak selepas penat mandi-manda- cuma goreng nuggets, fishballs and sandwiches.Itu pun tak habis sebab they all sibuk nak mandi, dah tak lalu nak makan dah. Habis je mandi, makan sikit terus nak gi jalan-jalan pulak.

Opps, forgot to tell, sebenarnya ada expo kat Pantai Merdeka till 19/6/2010 and we didnt even know. Bila sampai je, tengok orang punya la ramai.
but its ok, anak-anak nak mandi jugak.So biar lah dia orang mandi and enjoy themselves.

Tapi yang tak syoknya bila tengok ada adegan-adegan yang tidak seronok dilihat. Rasanya macam nak snap gambar je and uploadkan dalam blog biar semua orang tengok. Sakit hati tengok couples yang berasmaradana di khalayak ramai tanpa segan silu.Melayu pulak tu, bukannye non-muslim. And the best thing in, ada yang came in group and in the group, there is only one girl among the guys. Siap tidur atas riba lagi. My God!Bebudak ni tak pernah baca newspaper ke, kisah girls kena rape by their boyfriend and friends.....oh gosh! Benda-benda macamni la yang spoiltkan mood kita.Nevermind,just let it be. Jauhilah anak-anakku dari benda-benda begini.
Nurul Izzianie Syifa sibuk dengan bubblenya.....












My little one, sibuk nak beli bubbles so dia asyik tiup je benda tu sepanjang petang.As long as she is happy, we are happy.

That's our evening at Pantai Merdeka.


Friday, June 4, 2010

Penambahbaikan Kelas

Meja Guru
Sudut dimana ditempat fail-fail PLBS dan buku latihan murid











Bagi tahun 2010, saya lakukan sedikit lagi penambahbaikan di dalam kelas yang saya pegang (6 Nilam).Ini adalah satu kepuasan sebenarnya, melihat kelas yang ceria dan bersih akan lebih mendorong murid-murid agar lebih selesa belajar.
Mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga kelas agar tidak kembali kepada kelas yang kosong, kering dan tidak bermaya. Pilihan terletak pada diri mereka sendiri setelah apa yang telah saya lakukan untuk menjadikan kelas mereka sepertimana kelas yang mereka duduki pada hari ini.Sekiranya, mereka tidak mampu menjaga kelas seperti yang sepatutnya, maka saya tiada pilihan lain selain mengosongkan semula kelas tersebut menjadi seperti kelas asal.

Sedikit sebanyak piliha yang saya berikan itu membuat mereka terfikir sebenarnya, dan Alhamdulillah, saya cuma perlu masuk dan lihat, mereka pasti sedar apa yang mereka perlu lakukan jika kelas tidak dalama keadaan yang tidak memuaskan.
SAL Corner

Suasana di dalam Kelas 6 Nilam 2010

Thursday, June 3, 2010



muka yang sangat letih sebab baru aja balik dari buat module plbs bahasa inggeris.


Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...