Hi everyone, sharing and giving help us to be close together so let's share....... Thank you very much for visiting my blog and I would appreciate it very much if you'll just sign in my guestbook and jot down a few words of comments on my posts.Have fun reading. Note : since this is my personal and social pen-in, the posts will be both in English and Malay.
Thursday, February 28, 2019
Rumusan Penjurian Hari Inovasi KMPP
HARI INOVASI KMPP
15HB FEBRUARI 2019
KMPP
Assallamualaikum semua.
Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi2 tahniah atas penglibatan tuan/puan dalam Hari Inovasi kali ini. Penglibatan yang sangat hebat dan bersemangat.
Kedua, terima kasih atas jemputan dan kepercayaan terhadap saya dan Tuan Faizal sebagai panel penilai. Kami sangat2 berbesar hati.
Saya pasti tuan/puan tertanya2 ciri2 penjurian yang menempatkan tuan/puan di dalam kategori atau level yang berbeza. Dan saya pasti tuan/puan juga sudah maklum tentang kriteria pemilihan. Saya akan kongsikan serba sedikit secara umum bahagian2 dimana tuan/puan boleh baiki. Semoga dapat membantu semua untuk meneruskan semangat berinovasi.
1. Inovasi tidak semestinya menghasilkan product, jadi setiap apa yang tuan/puan created dan presented hari ini adalah inovasi. Syabas... As simple as that. Mampu selesaikan masalah atau baiki proses pdp. Secara konvensional atau mgunakan tech ada markahnya bergantung pada impak kepada pelajar.
2.Poster mesti ringkas tapi jelas. Elakkan menggunakan perjelasan yg panjang lebar. Point forms atau bullet forms will be much better. Infographic sgt2 membantu. Padat dan jelas. Selalunya juri tidak dpt mberi masa yg lama utk membaca atau mendengar penjelasan yg tidak berkaitan. Tambahan brochure atau salinan framework yang kita bina akan memudahkan juri meletakkan range markah.
3. Penjelasan perlu padat. Persembahan perlu confident dan mudah difahami. Suara jelas dan antonasi perlu jaga. Jangan over excited... Dah mcm nak marah juri dah kadang2 tu... Lawak jer, bukan kes kita hari ini. Setiap ahli kumpulan perlu yakin untuk menjawab soalan2 juri sebab ini kerja kumpulan. Juri yang berpengalaman ada teknik atau cara untuk korek samada betul seperti yang digambarkan atau tidak.
4.Evidence mesti ada untuk yakinkan juri. Bukan juri tak percaya yang kita dah jalankan inovasi tapi bila bercakap atas angin... Susah sikit nak dapat markah yg bagus. Hasilkan module, gambar2, video atau hasilkerja pelajar sebelum dan selepas inovasi dijalankan. Catatan atau feedback pelajar dalam wassap, telegram, blog atau social media amat membantu disamping analisa data secara statistik.
5. Walau kita kumpulan terakhir dinilai, bersedialah seperti orang lain. Jangan sebut... Tadi ada dalam laptop, sekarang dah padam. Nampak sangat kita tidak serius untuk membentang. Semangat dah lemau sebab menunggu terlalu lama.
6. Jika pernah memasuki mana2 pertandingan, inovasi yg hendak dibentangkan mesti ada penambahbaikan. Boleh saja nak bawa sijil atau medal yang dimenangi dalam pertandingan terdahulu tapi penekanan wajib diberi pada penambahbaikan inovasi tersebut.
7. Wow factor must really be a WOW. To get 3/5 tu dah bagus sebab maksudnya inovasi sudah dapat memberi impak yang bagus pada penerimaan juri yang hanya melihat dan mendengar sahaja dan bukan berada bersama tuan/puan semasa inovasi dijalankan bersama pelajar. Cari keywords yang strong untuk yakinkan juri yang inovasi tuan/puan memang WOW.
8. Practicality. Bila ditanya how practical it is in class or to your students? Maknanya ada ruang untuk persoalan besar dalam minda juri.... Inovasi ini hanya untuk pertandingan hari ini ke atau memang boleh dijalankan dalam jangkamasa yang panjang dan memberi kesan yang besar pada pelajar dan pdp.
Penjurian hari ini tidaklah boleh kita letakkan sejajar dengan pertandingan2 luar because we are beginners. Kami mengambilkira factor sokongan dan motivation supaya tuan/puan tidak merasa demotivated hingga hilang semangat untuk terus berinovasi.
Walau apa pun komen dan cadangan serta tips yang kami berikan tadi dan kali ini, anda adalah yang terbaik kerana ada usaha dan semangat yang tinggi untuk mencuba berinovasi.
Kudos, well done and all the best for your next steps.
Jangan segan2 untuk bertanya. Boleh saja hubungi saya dan Tuan Faizal. Walaupun ilmu kami pun tak setinggi mana, boleh lah nak berkongsi berdasarkan pengalaman. Berbanyak2 maaf diatas kekurangan di pihak kami berdua semasa penjurian berlangsung.
My Learning Journal in ESL Classrooms
Assallamualaikum and good morning everyone.
My Learning Journal in ESL Classroom is a platform for everyone to share your thought, feelings and perceptions in our ESL classes.
As always, I want you to write freely and express your thought sincerely in the comment section .You can always link them with your Google Classroom section.
All the best everyone.
Monday, January 14, 2019
Sesi Perkongsian Inovasi @KMPP
Work Journal Jan 14th 2019
Sesi Perkongsian Inovasi dan Kreativiti dalam PdP.
Alhamdulillah selesai sudah 1 sesi perkongsian ilmu dengan pensyarah2 Unit Bahasa Inggeris KMPP. Terima kasih atas kesudian menjemput saya untuk bersembang2 santai dan berkongsi ilmu yang sedikit ini. Semoga inovasi2 seterusnya dapat dihasilkan oleh pensyarah2 yang sangat bersemangat ini.
It was fun sharing with everyone just now, to meet old friends and to get to know new ones. Insyaallah, request untuk another session akan ditunaikan.... Kita buat hands on untuk Google Classroom dan GD pulak ya.
Thanks alot Kazrina Mohamed Kassim, Kak Nor Wahidah Abdul Majid and the English Unit of KMPP.
Till we meet again.
Adios.
Sesi Perkongsian Inovasi dan Kreativiti dalam PdP.
Alhamdulillah selesai sudah 1 sesi perkongsian ilmu dengan pensyarah2 Unit Bahasa Inggeris KMPP. Terima kasih atas kesudian menjemput saya untuk bersembang2 santai dan berkongsi ilmu yang sedikit ini. Semoga inovasi2 seterusnya dapat dihasilkan oleh pensyarah2 yang sangat bersemangat ini.
It was fun sharing with everyone just now, to meet old friends and to get to know new ones. Insyaallah, request untuk another session akan ditunaikan.... Kita buat hands on untuk Google Classroom dan GD pulak ya.
Thanks alot Kazrina Mohamed Kassim, Kak Nor Wahidah Abdul Majid and the English Unit of KMPP.
Till we meet again.
Adios.
Digital Classroom
Work Journal Jan 8th 2019
Assallamualaikum dan selamat petang.
#digitalclassroom
#tema1
Petang ni Che Mas nak berkongsi lagi tentang tugas Che Mas di kolej bersama anak2 pelajar Che Mas.Alahai....bukan benda baru pun kan... Hari2 Che Mas kongsi, jadi apa bezanya kan?
Bezanya ialah jurnal Che Mas hari ini, Che Mas nak masuk pertandingan Digital Classroom. Kalau dapat LIKE terbanyak maka dapatlah jadi pemenang! Jadi untuk yang sayangkan Che Mas tu... Jom LIKE jurnal Che Mas ni macam selalu ya.
Hari ini Che Mas nak kongsikan tentang Google Classroom. Dah lama dah Che Mas gunakan aplikasi yang sebenarnya amat menjimatkan penggunaan kertas, dakwat printer, masa, tenaga dan lebih menarik, ia bukan sahaja boleh digunakan dalam PdP malah dapat dipraktikkan dalam urusan pentadbiran pejabat dan pengurusan berkaitan dengan urusan pentadbiran rekod tapi fokus Che Mas pada pelajarlah, tentunya.
Google Classroom merupakan aplikasi yang lebih maju dalam menepati ciri-ciri pembelajaran Abad Ke-21 kerana melaluinya, guru atau pelajar boleh mencipta ruang kelas secara maya, membantu menghantar tugasan, melaksanakan penilaian tugasan-tugasan yang dikumpulkan oleh sistem secara teratur dan bersistematik.Ini yang seronoknyakan. Pelajar pun seronok. Buat kuiz online pun nereka happy dan tak stress.
Semua rekod tugasan disimpan oleh sistem mengikuti tarikh dan kelas maya yang dicipta oleh Che Mas dan Che Mas tidak perlu bimbang jika berlaku penyalahgunaan oleh pelajar kerana Google Classroom memberikan hak akses kepada Che Mas sendiri.
Ini disebabkan kerana Che Mas yang mengatur tugasan dan pelajar boleh melihat, melakukan suntingan bahkan berkolaboratif juga melalui Google Classroom di bawah kawalan dan pemantauan Che Mas. Sebab tu Che Mas tak boleh renggang dengan handphone. Bila suami nak hadiahkan phone... Che Mas cakap tak kisahlah nak bagi brand apa pun asalkan Che Mas boleh guna untuk buat kerja.
Satu lagi yang bestnya aplikasi Google Classroom ini, ia menyediakan ruangan berforum bagi diskusi sehingga guru boleh membuka sebuah diskusi kelas yang menyeronokkan kerana komen-komen yang dilaksanakan boleh dianggap seperti aktiviti memberi komen di Facebook.
Che Mas rasa tidak mustahil Google Classroom boleh menggantikan kelas formal atau menjadi ruangan kelas yang diminati ramai pada masa depan.Anak2 pelajar Che Mas dah cekap dah. Jadi bila Che Mas terpaksa keluar untuk kursus atau mesyuarat ataupun konferense, Che Mas tak susah hati. Kelas tetap berjalan kerana Che Mas tahu siapa yang sedang buat kerja dan siapa yang ngelat. Untuk itu.. Nanti kita cerita dalam jurnal lain ya.
Aplikasi Google Classroom ini juga membantu sinkronasikan dengan Google Docs, Drive dan Gmail dalam melakukan semua kerja normal Che Mas seperti memungut hasil kerja pelajar, menyemak, memberi markah, memberi maklum balas secara langsung tanpa menggunakan sebarang kertas.
Malah, aplikasi ini membantu kerja pengkhususan lebih teratur yang mana secara automatik akan mencipta ‘folder’ bagi setiap tugasan dan untuk setiap pelajar dengan dapat memuat naik segala kerja dan dapat menyemak semula di laman tugasan mereka.
Che Mas ada kongsikan beberapa keping gambar aktiviti anak2 pelajar Che Mas. Untuk banyak lagi gambar bolehlah tinjau2 album FB Che Mas ni ya.
Panjang lebar jurnal Che Mas petang ni... Baru sampai rumah je ni... Nanti kita sambung lagi ya. Jangan lupa LIKE tau.
Https://t.me/digitalclassroom.
Tuesday, January 1, 2019
A Token Of Love
Self Journal Jan 1st 2019
A token of love.
I am really speechless. Seusai kelas, students perempuan seperti biasa akan datang bersalaman and say goodbye while the boys will also wish me "bye2 and have a good day, madam." Itu situasi biasa. Dah habis semua keluar... These two girls stayed longer... Itu pun situasi biasa sebab mereka ni suka borak2 dengan saya lepas kelas.
Selepas bersalaman, si cantik manis ni terus hulurkan saya sebiji beg. Katanya masa cuti baru ni.. Dia ke Vietnam bersama family dan dia belikan hadiah ni untuk saya. Allahu.... Subhanallah. I am really speechless. Sepasang telekung Siti Khadijah yang sangat cantik.
Subhanallah anak..... Tergambar kasih sayangnya. Beliau memang rapat dengan saya. It is really so very thoughtful of her.
TQSM my darling girl for the beautiful gift. Really appreciate it.
Allah itu maha pemurah... Kelmarin saya belikan hadiah untuk sahabat, hari ini saya terima hadiah dari anakanda saya.
What you give, you get back.
Alhamdulillah.
Monday, December 31, 2018
Lawatan Penanda Aras Dan Perkongsian Kecemerlangan KM Kelantan dan KMKK.
Khalipah Mastura,
Work Journal Dec 20th:
A simple throwback.
Lawatan Penanda Aras Dan Perkongsian Kecemerlangan KM Kelantan dan KMKK.
Alhamdulillah.. Selesai juga satu amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan tertinggi KMKK. Suatu perkara yang saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Terasa kerdilnya saya bila diminta untuk berkongsi pengalaman dan laluan sebagai Pensyarah Cemerlang dengan rakan2 dari KM Kelantan dan KM Perlis serta KM Kedah. Semua yang datang, hebat2 belaka termasuklah sifu saya Tuan Nain, orang yang sentiasa saya rujuk setiap kali memohon.
Barisan Timbalan Pengarah, Ketua2 Jabatan serta Ketua2 Unit yang berada bersama hampir 2 jam bukan calang2 orang. Namun mereka ini insan2 profesional yang sangat humble. Justeru itu langsung memudahkan peranan saya. Perkongsian secara santai membawa kami ke satu suasana yang sangat mesra tetapi ilmiah.
Berbanyak terima kasih kerana sangat memudahkan kerja saya. Jutaan kemaafan jika ada yang terlanjur dari lidah saya yang tak bertulang ini. Moga kita boleh bekerjasama lagi di lain masa. Terima kasih saya titipkan juga buat Tuan Pengarah yang menaruh sepenuh kepercayaan buat saya mengendalikan sesi ini. Moga perkongsian ilmu ini membawa barakah Allah.
Sunday, November 11, 2018
Assallamualaikum and a very good morning everyone.
Welcome back to the college and be happy to start the new fresh days ahead of your semester 2.
For today,we are going to start our leisure journal entries.No worries....as I said earlier....a leisure sharing yea.
Let us start with the throwback of your days spent at your hometowns during your short semester break.
I will share mine,later but I would love to read about yours eagerly so let's start writing!
Welcome back to the college and be happy to start the new fresh days ahead of your semester 2.
For today,we are going to start our leisure journal entries.No worries....as I said earlier....a leisure sharing yea.
Let us start with the throwback of your days spent at your hometowns during your short semester break.
I will share mine,later but I would love to read about yours eagerly so let's start writing!
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Work Journal Jan 28th 2020 Listening activities. Today my students did and will be doing some listening activities. They have done the...
-
Assallamualaikum and a very good morning viewers. Time really flies and we are in the second semester of your lifes at KMKK. You have e...
-
Assallamualaikum and a very good morning everyone. Today's reflective journal writing will be on your Community Service Projects. ...
































