Sunday, May 15, 2011

Kursus Profesionalisme & Team Building Part 1

Tarikh : 12/05/2011 (Khamis)
Tempat : Segantang Garam,Merbok
Jam : 8.00a.m – 2.00p.m
Program :
Kursus Profesionalisme Dan Team Building Pensyarah KMTK
Pandangan dari chalet tengah
Hari ini bermula dari 8.00 a.m beberapa orang pensyarah KMTK sudah berkonvoi dari Sungai Petani : saya, Kak Rodiah, Munirah (Che Mun) dan Siti Rodiah. Separuh jalan ,bertemu pulak dengan Shaiful Zaidi lalu kami teruskan perjalanan di dalam cuaca yang agak redup pagi itu. Sampai aja di Segantang Garam (saya akui, walau pernah ke sana bersama suami dan anak-anak, masih tak pasti jalan ke sana ) jadi Kak Rodiah leaded the way. Fortunatedly, she went there with Zahran yesterday to survey the place.I went to USM yesterday, if not surely I would have tagged along. Yang lain-lain bertolak dari Pendang dan Alor Star,juga berkonvoi bermula dari jam 8.30a.m.

Dalam basahnya hujan,kami mengangkat barang ke chalet
Sesampainya kami di sana, hujan dah mulai turun renyai-renyai so dalam hujan dan di atas jambatan yang basah, kami mengangkat barang dan makanan yag di bawa. Nasib baik ada hero sorang tu tolong angkat barang.Sempat lagi snap photo.

Che Mun start bancuh air teh
Geng buat air teh untuk breakfast
Dah siap angkat barang,of course la kena breakfast dulu cos none of us had our breakfast before coming there.Che Mun, tukang buat air teh.So the 5 of us enjoyed us breakfast under the heavy rain (of course under the roof of the chalet).Beautiful scenery and soft breeze enchanted our morning meal.What more do you need ,with the companion of good friends?We really enjoyed the simple breakfast which we bought on the way there.
Kesiannnnn,kelaparan semuanya
Breakfast dulu sebelum mula kerja
Selesai breakfast dan kekawan yang lain pun dah beransur-ansur sampai,mulalah kami beramai-ramai memulakan tugas, ada yang siang ikan (10 kilo semuanya),potong memotong sayur dan menumis gulai.Ada yang siap bersihkan 'dapur kami' tu dulu sebelum memulakan segala kerja-kerja. Che Rafidah le tu.
10 kilo ikan termenung segar

Siang ikan termenung
Geng siang ikan termenung : Suhana, Raziah,Fazillah dan Faziah.Siap siang, everybody started cleaning the fish and walla ! Ready to be cooked and grilled!
Kerjasama yang sangat baik dari semua staff dan pensyarah
Menu yang kami rancangkan sangatla simple sebenarnya sebab togetherness tu yang penting: Gulai ikan termenung,ikan bakar,air asam,sayur kobis goreng telur,sambal belacan dan ulam.Group yang akan mendengar ceramah dah pun masuk dewan so tinggallah tukang-tukang masak yang tak professional ni meneruskan kerja-kerja memasak untuk lebih kurang 60 orang sebelum the rest of the geng stop for their lunch. Masak,jangan tak masak geng.......yang lain-lain,kalau tak sodap jangan complain ya. Makan aje......
Kemas dapur sebelum mulakan tugas
Potong sayur dan tomato untuk air asam

Potong memotong sayur dan bahan masakan

Kerja-kerja membersihkan ikan
Kak Rodiah dengan gulai termenungnya
Pensyarah lelaki juga tak kurang rajin tulangnya.....ada yang tolong bakar arang untuk grill ikan dan ada juga yang tolong siang sayur......ermmmm apa lagi yang kita mau kan?
The guys pun sama naik tolong hidupkan api untuk grill ikan.
  Part 2 akan bersambung kemudian ya with more pictures and entries.

3 comments:

Shaiful Zaidi said...

Very delicious...gulai ikan temenung Kak Rodiah..

Khalipah Mastura KHalid said...

Alaaaa Zaidi, air asam tak sodap ke?he he.....

shaiful said...

Air asam pun sedap jugak...mesti akak yg sediakan...

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...