https://classroom.google.com/c/NDA4MTI0Mjk2NzNa?cjc=equaoxh
Assalamualaikum
Good afternoon dan salam Jumaat.
Saya berkongsi lagi link untuk GC saya yang saya buka untuk umum, bukan sekadar untuk pelajar saya sahaja, maksudnya sesiapa sahaja yang berminat boleh sertai dan sebarkan. Pada mulanya, fokus dan bahan2 yang saya kongsikan bertumpu kepada bahan2 berkaitan Bahasa Inggeris sahaja tetapi apabila saya menerima usul atau permintaan dari rakan2 yang sudah join group GC saya ini, yang mana mereka mencadangkan supaya saya berkongsi juga ilmu atau bahan berkaitan perkara2 lain seperti Guru/Pensyarah Cemerlang, Inovasi, Kajian Tindakan, PLC, motivasi dan sebagainya.
Saya akur dengan permintaan rakan2 dan sebenarnya sangat berbesar hati apabila mereka sudi bersama saya dan menyebarluaskan GC ini kepada para pelajar dan rakan yang lain, maka saya usahakan juga mengumpul bahan2 tambahan di sini.
Untuk makluman, bahan2 seperti nota, video ataupun ppt yang dikumpulkan di sini adalah dari pelbagai sumber. Dari rakan2, blog, youtube dan juga bahan saya sendiri dengan itu saya tidak membuat claim bahawa semua itu adalah hak milik saya. Jika saya share dari internet maka sudah dalam makluman semua bahawa bahan tersebut adalah shareable.
So.... Jemput semua.
Insyaallah akan saya tambah dan update dari masa ke semasa.
Moga Allah terima amal jariah kita dan banyakkan pahala dan rahmatNya bila kita mampu panjangkan perkongsian kecil ini.