Thursday, September 21, 2017

Work Journal September 20th

Work Journal September 20th:
Attending another inspiring sharing session on Moodle for T&L. I am all out for technologies...no worries! Sometimes I may look as if I do not care,but actually I do.
Just wait and see for the coming outbreak.
Tqvm Kak Rodiah Dali for the nice pictures.
Tqvm Mohamad Firdaus Harun for the output session.

Self Journal September 21st

Self Journal September 21st:
Kembali mencatat journal diwaktu hujan yang simbahannya manja2 ni......Hari ini tepat jam 4.05 petang saya sudah bersiap untuk pulang sebab risau bila tengok keadaan cuaca sepanjang hari ini....hujan sekejap ganas ,sekejap manja...tapi yang pastinya tidak berhenti langsung. Saya risau jalan pulang dinaiki air seperti yang selalu berlaku maka personal computer (pc) saya hari ini tidak bekerja lebih masa. Lega agaknya kan? Kalau tidak memang kena latu (kata orang Kedah sampai 5.30 petang selalunya.Bila saya text suami beritahu dah nak balik....spontaneous responsenya ialah..."balik awal?". "Ye.....awal hehe..." jawab saya kembali.

Syukur Alhamdulillah perjalanan pulang saya ,Allah lapangkan dan permudahkan. Tiada limpahan air yang serious membanjiri jalanraya...cuma bahagian tepi jalanraya saja yang bertakung airnya dan tidak mengganggu pengguna jalanraya sepanjang jalan.
Mungkin rezeki alam sempena menyambut 1 Muharam ini barangkali.Sejuk sedikit bumi yang panas dek pelbagai cerita dan peristiwa akhir2 ini.Salam Maal Hijrah buat semua viewers dan followers.Semoga langkahan hari ini akan menjadikan kita sehari lebih dewasa-Insyaallah.
Saya dengan rendah hati memohon kemaafan pada semua viewers dan followers FB dan blog saya jika sepanjang catatan journal saya ini ada kata2 dan frasa2 ayat santai saya  yang menyentuhi perasaan dan membuatkan hati anda tersinggung. Sesungguhnya niat saya hanyalah untuk berkongsi ilmu senipis kulit bawang  dan pengalaman sebagai pendidik juga bonda kepada anak2 permata hati saya yang berempat serta anak2 pelajar saya selama ini.Barakallah untuk rakan2 yang selalu menyokong dan memberi motivasi untuk saya teruskan SJ dan WJ saya ini.
Salam Maal Hijrah 1439.
KMK

Tuesday, September 19, 2017

Cheeky and joyful kiddos

Congratulations......for being the first group to complete the Speaking Quiz.
A bunch of cheeky and joyful kiddos!

Work Journal Seotember 18th

Work Journal September 18th:
Tugas Hakiki dan Petai Jeruk!!
Syukur Alhamdulillah target untuk menyelesaikan tugasan yang disenaraikan hari ini hampir mencapai sasaran.Yang selebihnya kita sambung di rumah malam nanti kerana jam sudah menunjukkan pukul 5.35 petang.Masa untuk pulang kerana perlu jemput si bongsu di sekolah nanti. Lapang dada bila kerja hakiki personal boleh dikongsi bersama rakan2 yang lain.Mungkin dapat mempermudahkan urusan kerja hakiki kami bersama-Insyaallah.

Turun saja dari jabatan dan selesai punch-out,saya berjalan menuju ke kenderaan,tiba-tiba datang seorang staf kolej memberi salam dan terus bertanya :
Staf : Assallamualaikum kak mas,nak balik dah ke?
Saya : Waalaikumslm....Ya A...(tak perlu saya sebutkan namanya kot ya).Nak gi ambik anak akak pula.
Staf : Kak Mas free tak Sabtu ni....nak jemput makan kenduri kat rumah saya. 
Saya : Insyaallah A....rasanya tak ada plan lagi la setakat ni .....ada izin Allah akak pi nanti.Abang pun dah balik dah.
Staf : Alhamdulillah...mai tau kak mas.Ajak abg joe sekali.Kalau tak tau jalan..call nanti saya pg ambik kat mana akak berhenti. Saya buat makan2 masak cara kg je kak....ada sup,gulai, petai jeruk ,daging cicah ayaq asam.... petai jeruk nanti saya simpan untuk akak.

Allahu....betapa sahabat yang bagaikan adik saya ini sangat2 menyantuni dan meraikan saya. Dan saya kira begitu jugalah peradapan beliau dengan rakan2 lain.Sopan dan santun bicaranya, bercerita tentang kendurinya nanti serta pengharapannya agar saya dan suami dapat hadir. Insyaallah moga diberi rezeki kami meraikan kembali jemputan saudara kami ini. Nanti kak mas  tuntut petai jeruk ye!

Work Journal September 19th.

Work Journal September 19th:

Objektif PdP hari ini adalah untuk menyelesaikan Speaking Quiz bagi 3 kelas.Secara lebih terperincinya, 2 kumpulan bagi setiap kelas. Speaking Quiz ini adalah untuk Continuous Assessment Marks mereka.

Overall I can say that all of them need to practise more. There were a lot of weeknesses during their presentations and discussions. Some have good confidence level while some stumbled here and there searching for points to elaborate.
Something that make me happy are their dedication and hardwork in practising orally among themselves. As the saying goes PRACTICE MAKE PERFECT....these teenagers really put themselves in their daily routine so as to achieve their target. All the best everyone.

Alhamdulillah T&L objectives achieved!


Sunday, September 17, 2017

Self Journal September 17th

Self Journal September 17th:
Sudah menjadi amalan harian saya,setiap pagi semasa memandu ke tempat kerja, saya akan ulang dan mengulang membaca Al-Fatihah dan doa2 harian untuk saya sedekahkan kepada bapa dan umi,arwah mak,arwah mak dan bapa mertua,tok2,wan2,mak /bapa2 saudara dan ahli family yang sudah meninggal,buat suami,anak2,adik2,kakak,abang serta anak2 mereka dan sudah pasti untuk diri saya sendiri juga. Sudah menjadi rutin, masuk aja ke dalam kereta...mulut saya akan mula menyebut.Bukan kerana saya alim tapi hanya sedikit itu yang mampu saya lakukan sebagai permulaan hari2 yang sangat mencabar. Rasa sayu sesayu sayunya......ada kalanya,airmata mengalir tanpa sedar.Moga Allah mengampunkan dosa2 kita dan menerima amalan kita yang sedikit ini.

Itu yang biasanya....self journal hari ini tercatat bukan hendak menceritakan tentang itu sebenarnya tapi hendak berkongsi betapa Allah itu maha penentu segalanya......hari ini buat kesekian kalinya, disentuhnya hati saya dan ditentukannya airmata saya mengalir lagi pabila saya ulang-mengulangi rutin harian saya ini. Entah kenapa saya tak pasti.....yang saya tahu hati saya sangat sayu bila berniat memohon diberi perlindungan oleh Allah Taala,diberi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan,pekerjaan dan pelajaran,dilimpahi dengan rezeki yang banyak dalam apa jua keadaan,ditutupi aib dan kelemahan kami dan diberi kebahagiaan dunia dan akhirat. Mohon juga Allah jaga dan pelihara anak2 kami yang jauh di mata.Aamin......Aamiin.
Alfatihah ......Innalillah untuk  mangsa2 yang ditimpa musibah......Allah itu maha mengetahui segalanya.

Saturday, September 2, 2017

Satisfaction

Work Journal September 1st:
Am working and checking on the students' mind-maps and articles now and it is online- based.Very happy with their progress and commitment towards the assingments given.
They have proven that my first judgement through my first impression on them was wrong and I have to admit that I was wrong.
Saya sedang menyemak tugasan pelajar secara dalam talian sekarang dan sememangnya saya amat bangga dengan kumpulan pelajar ini.Mereka telah membuktikan bahawa tanggapan saya pada mereka semasa minggu awal saya bersama mereka adalah salah sama sekali.Saya wajib mengakui itu walaupun sebenarnya saya tidak pernah menyuarakan rasa hati saya ketika itu.
Lesson learned.....never underestimate your students' abilities.Be positive and I am truly happy that my positive attitude towards them is really worth .

Cempedak dan honeydew

Syukur Alhamdulillah....cempedak dan honeydew yang dibeli di hadapan pasar pagi tadi sempurna dimakan.Memang sangat sedap dan manis rasanya.....buat kawan2 yang menyusul bertanya tentang entry saya sebelum ini....ini hasilnya.....(yang tinggal berbaki sebenarnya)sebab masa makan tadi...tak berkesempatan nak snap gambar.
Meh le beli....support rakan2 peniaga kita mencari rezeki yang halal.

Berkorban apa saja.....

Self-journal September 1st.
Usai solat tadi...saya dan suami serta anak-anak keluar sekejap ke pasar untuk membeli sayuran buat padanan mee rebus tulang juadah Hari Raya Adil Adha kali ini.
Di pasar...masih ada peniaga melayu yang berjaja....pada dia kami membeli.Selepas itu terpandang peniaga buah-buahan ini di seberang jalan,kami turut berhenti untuk membeli honeydew dan cempedak dan dilihat mereka juga peniaga melayu  yang berniaga di sini.
Terdetik di hati....insan-insan ini mengorbankan waktu raya mereka untuk terus mencari sesuap nasi buat keluarga tersayang.....siapalah kita untuk menidakkan itu sedangkan kita diberi rezeki Allah untuk bercuti dan bergembira meraikan Aidil Adha yang mulia ini. Bersyukur kita di saat Allah masih maha memberi.....Alhamdulillah.Moga dengan membeli dari mereka,dapat juga kita berkongsi sedikit sebanyak.....beri peluang anak-anak dan isteri mereka menikmati rezeki Allah yang melimpah ini.Aamiin.
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.

Short Video Review - TAK PERNAH SUKA MAK

                                        https://youtu.be/8rFwwZremg4                                                           TAK PERNAH SU...